Dah masuk bulan baru kan? Sekejap masa berlalu sehingga tanpa kita sedar dah nak hujung tahun dah kan. Berbalik pada cerita menyentuh sumber protein, kita tahu protein sangat penting buat tubuh badan kita selain menyalurkan tenaga malah ia sebagai struktur tubuh seperti blok yang membina tubuh yang kuat. Ibarat batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan manusia. Kuasa protein yang cukup dapat membekalkan tenaga lebih kekal lama.
Persoalannya, bagaimana kita nak pastikan protein yang kita makan adalah selamat, bebas kolestrol dan tidak mempunyai sumber sampingan lain seperti hormon sintetik? Telur ayam yang kita beli di pasaran pun ada yang palsu. Menakutkan bukan. Dengan itu Kak Es nak kongsikan kepada anda semua bagaimana kita nak pastikan protein yang di ambil benar benar selamat.
1. Protein tumbuhan vs protein haiwan?
Kita tahu kedua dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan berpenyakit. Sebab itu protein dari tumbuhan semulajadi seperti soya lebih mudah di hadam terutamanya di golongan warga tua.
2. Kandungan kolestrol tinggi vs kolestrol rendah?
Protein daripada tumbuh tumbuhan mempunyai kolestrol rendah malah bacaannya adalah sifar.
3. Kandungan tinggi lemak vs rendah lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi makanlah kacang, biji – bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.
4. GMO vs bukan – GMO?
GMO (organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetil atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.
5. Sumber semulajadi vs sumber yang diproses?
Sebolehnya kita cuba dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila kita tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda bolehlah memilih serbuk protein yang berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi anda.
Jadi, jelaskan kenapa sebaiknya kita perlu memilih sumber protein daripada semulajadi kerana beberapa faktor yang mana ia boleh mengganggu kesihatan kita.
Bagi ibu hamil dan ibu menyusu pula, kita tahu konsep penyusuan asas untuk pertumbesaran bayi, perlukan protein yang berkualiti tinggi. Penting bagi ibu ibu amalkan dan jaga kesihatan anda supaya ia tidak menjejaskan kesihatan bayi ketikan di dalam penyusuan.
Yang Berkongsi ,
Misi Kak Es
Leave a Reply