Anak-anak kecil yang banyak luangkan masa bersama bapa bakal mempunyai IQ tinggi. Ini menurut kajian dikeluarkan oleh University of Newcastle pada tahun 2008.
Link Berkaitan:
Fenomena Anak Lebih Tinggi Dari Ayah dan Ibu
Selain itu, baru-baru ini ada satu kajian disiarkan oleh majalah Forbes. Bapa yang luangkan banyak masa bersama anak didapati memberi kesan positif di tempat kerja. Mereka lebih gembira dan komited dengan tugas pejabat. Juga, lebih setia bersama organisasi.
Jadi, mungkin ada bapa-bapa di luar sana tertanya bagaimana mahu luangkan masa bersama anak. Atau juga meningkatkan pertalian (“bonding”) rapat bersama anak sejak usia kecil.
Di sini saya kongsikan beberapa tips. Ianya diispirasikan dari bacaan kami di laman web, Babycentre. Dan diolah semula mengikut pengalaman.
1. Ini bagi anak yang sudah pandai menyusu melalui botol. Bapa bolehlah sekali sekala memberi susu kepada mereka. Sambil tu, berkomunikasilah dengan anak anda. Atau juga bermain mata dengan dia.
2. Sesekali ambil tugas dari isteri untuk tukarkan lampin anak. Dan juga bawa anak ke tandas bagi mencuci najis mereka.
3. Sesekali mandikan anak. Mungkin pada hujung minggu. Sambil tu bolehlah bermain air dan buih sabun bersama. Kalau anak sudah tumbuh gigi, anda boleh bantu mereka belajar memberus gigi.
4. Bapa boleh bacakan buku untuk anak anda. Paling mudah, sebelum anak tidur. Menurut satu kajian, ia boleh meningkatkan perkembangan bahasa anak anda.
Link Berkaitan:
Sajian Terbaik Untuk Anak Mudah Fokus Dalam Proses Pembelajaran
5. Bapa juga boleh dodoikan anak sebelum tidur. Ya, walaupun mungkin suara anda tidak semerdu P Ramlee.
6. Ambil gambar bersama anak kecil atau bayi anda. Antaranya selfie/wefie. Bolehlah dikongsikan gambar bersama anak bila mereka meningkat dewasa.
7. Ambil peluang sesekali untuk makan dengan anak anda. Ini bagi anak kecik yang sudah boleh mengambil makanan pepejal (“solid food”). Bapa juga boleh cuba suapkan makanan kepada mereka.
Link Berkaitan:
Vitamin Terbaik Buat Si Manja
8. Naluri anak kecil memang suka bermain. Jadi, bapa boleh ajak mereka bermain. Contoh paling mudah “peek-a-boo”.
9. Baby grooming. Bapa juga boleh sesekali potong kuku anak yang panjang. Atau juga sesekali bersihkan telinga mereka.
Selamat mencuba. Kerana David Beckham juga suka luangkan masa bersama anak-anaknya.
Sekian,
Siti Aisah Mohd Ibrahim
Master Coordinator Shaklee
Add saya di:
FB: Siti Aisah Mohd Ibrahim
Instagram: vitamin_mutiara
http://www.babycenter.com/0_top-tips-for-dads-on-bonding-with-your-baby_3692.bc?showAll=true
Leave a Reply