Mungkin anda tertanya-tanya apa itu anak “picky eater”? Bahasa mudah yang saya boleh terjemahkan ialah anak yang memilih makanan.
Baru-baru ini, jurnal Paediatrics melaporkan 20 peratus daripada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun adalah “picky eater”.
Dari peratusan ni, 21 peratusnya adalah golongan pertengahan dan ekstrim. Dan golongan ini adalah paling terdedah kepada kesihatan mental. Saintis mendapati mereka bakal mengalami tekanan perasaan dan kegelisahan di masa hadapan.
Jurnal ini juga mencadangkan ibu bapa dan pegawai kesihatan memandang serius risiko bakal dihadapi oleh anak-anak ini.
Macam mana boleh jadi berisiko macam tu?
Okay. Anak “picky eater” ni sebenarnya terdedah dengan kekurangan zat dan nutrisi.
Sebagai contoh anak pertama saya sendiri. Dahulu dia, memang sangat “picky eater”. Kalau tiba harinya dia nak Honey Star atau Koko Crunch, dari pagi ke sampai malam dia akan mengadap benda ni. Tak mahu sentuh makanan lain. Hari lain pula, dia hanya nak makan biskut cream crackers saja. Esok lusa, mahu minum susu saja. Kadang-kadang, baru dia makan nasi atau mi. Kalau sayur lagilah liat. Apalah sangat zat atau nutrisi yang dia dapat. Mujurlah dia suka makan oren dan anggur.
Mungkin anda ada cerita yang lebih ekstrim daripada anak saya.
Menurut artikel ini, bila kurangnya zat dan nutrisi, anak-anak ini senang jatuh sakit. Bila selalu jatuh sakit, tumbesaran mereka pula terganggu. Bila tumbesaran terganggu, maka fungsi sosial mereka pun turut terkesan. Dan ini menyebabkan hubungan anak-ibubapa renggang.
Sebabnya, anak-anak merasakan ibu bapa tak mempercayai mereka. Manakala ibu bapa pula merasakan anak-anak menuding kepada mereka atas punca masalah berlaku.
Kalau anak “picky eater” yang dah sampai tahap teruk tu, doktor panggil mereka sebagai “Avoidant/Restrictive Food Intake Disorder”.
Jadi, jika ada anak-anak anda menghadapi masalah di tahap ini, silalah bawa mereka berjumpa pakar-pakar kesihatan professional.
Sumber berita:
http://m.themalaymailonline.com/features/article/young-picky-eaters-may-have-depression-anxiety-later-in-life
P/S: Ibu mana yang tak risau bila tengok anak memilih makanan. Jadi, saya berikan kepada anak pertama saya Milkshake dari Shaklee untuk menampung kekurangan zat dan nutrisi harian.
Milkshake ini kaya dengan kandungan protein, kalsium dan pelbagai vitamin. Selalunya, saya bancuhkan Milkshake ini dengan susu atau Milo untuk anak. Selain tu, selera anak saya untuk makan menjadi semakin baik. Alhamdulillah.
Dan sebenarnya kita boleh buat pelbagai mealshake resepi yang ringkas.
Boleh cuba tau shaklee Mealshake shake chocolate banana pasti budak budak suka. Dengan bau vanila yang harum dan sedap.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya puan Aisah, 0176477837 atau email kepada [email protected]
Leave a Reply