Anda Suka Cium Bau Bayi?
Sekiranya ya, anda sebenarnya tak keseorangan. Kebanyakan dari kita sukakan bau bayi. Kadang-kadang sampai tak boleh nak kawal diri dari asyik mencium bayi.
Sehingga ada beranggapan bau bayi adalah antara yang paling harum di dunia.
Tapi pernahkah anda tertanya kenapa bau bayi sangat menyenangkan?
Ada yang mengatakan ia adalah bau syurga. Tapi Dr Asri Zainal Abidin mengatakan pandangan sedemikian adalah daif.
Sebenarnya, saintis dan penyelidik pun tidak tahu sebab kukuh kenapa bau bayi sangat wangi.
Pendapat pertama, berkemungkinan bahan kimia dalam peluh bayi. Tapi kenapa ia hanya mampu bertahan beberapa minggu saja?
Link Berkaitan: Berpantang Buat Rahim Yang Sihat
Advertisement
Ini kerana metabolisma badan bayi mula berubah apabila mereka semakin lama menyusu. Dan bukan lagi melalui tali pusat ibu.
Pendapat kedua adalah selaput vernix pada kulit bayi baru lahir. Vernix ni adalah selaput putih berminyak.
Ia sememangnya mudah dibersihkan. Tapi baunya masih melekat pada kulit bayi untuk berminggu-minggu.
Tak kiralah apa faktornya. Tapi ianya adalah sebahagian perancangan Allah. Supaya kita secara semulajadi tertarik kepada bayi baru lahir ni. Sebabnya, mereka sangat perlukan perhatian dan belaian manusia.
Advertisement
1.PAKEJ A RM 205
2.PAKEJ B RM 290
3.PAKEJ C RM 350
4.PAKEJ D RM 498
Link Berkaitan: Penyusuan Susu Ibu Makanan Terbaik Buat Simanja
Leave a Reply