Selalu orang tanya;
“Bolehkah saya menjadi berjaya sebagai pengedar Shaklee?”
Sebelum saya jawab soalan itu, saya ingin tanya:
Apa definisi anda tentang kejayaan di dalam Shaklee?
Mungkin di MLM lain kejayaan itu adalah memiliki kereta mewah, rumah banglo besar atau sering bercuti di luar negara.
Tetapi itu bukan kayu ukur sebuah kejayaan di dalam Shaklee. Atau sekurang-kurangnya di dalam organisasi Shaklee saya.
Kerana saya sendiri tidak memiliki sebarang kereta mewah. Atau juga banglo mewah. Atau sering bercuti di luar negara.
Kayu ukur kejayaan adalah berbeza bagi setiap orang. Ia berdasarkan matlamat seseorang ketika mula menyertai Shaklee.
Ada ahli saya sertai Shaklee kerana sekadar mahu pendapatan sampingan. Supaya dapat beberapa ratus sebulan. Dan dia berjaya mencapainya.
Ada ahli saya sertai Shaklee kerana sekadar mahu membantu ahli keluarga menjalani kehidupan lebih sihat. Dan dia berkongsi kebaikan produk Shaklee kepada ahli keluarganya sahaja. Dan dia berjaya mencapainya.
Dan matlamat asal saya sendiri menyertai Shaklee adalah kerana ingin menjadi Work-At-Home-Mum. Jadi Master Coordinator. Serta boleh sentiasa terbang KL-Labuan, menziarahi ahli keluarga. Dan saya berjaya mencapainya.
Cuma satu saja matlamat yang masih dalam proses. Iaitu membina simpanan yang cukup untuk anak-anak mengerjakan haji dan melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi kelak.
Tidak dinafikan ada juga ahli di bawah saya yang mahukan kereta mewah, percutian luar negara dan rumah besar menerusi Shaklee. Dan saya dalam proses membantu dia untuk mencapai matlamatnya.
Bukan sekadar menjayakan matlamat dia. Malah matlamat ahli bawahan lain. Walaupun setiap daripada mereka punya matlamat berbeza.
Mungkin ada yang tertanya kenapa saya berfikiran begini?
Kerana setiap orang adalah unik. Tidak semua yang bekerja makan gaji mempunyai cita-cita menjadi pengarah atau CEO. Tidak semua yang bermain badminton mempunyai cita-cita menjadi Lee Chong Wei. Mungkin ada antara mereka sekadar mahu mengisi masa dan berjumpa kawan-kawan. Masing-masing punya matlamat sendiri.
Berbalik kepada soalan di atas.
Ya, ramai sudah berjaya. Dan anda juga boleh berjaya dalam Shaklee. Tergantung pada matlamat masing-masing.
P/S: Mari sertai kami sebagai pengedar Shaklee. Hubungi saya sekarang;
Pn Siti Aisah binti Mohd Ibrahim
HP: 0176477837
FB: Siti Aisah Mohd Ibrahim
Telefon. PM. SMS. Whatsapp. Telegram.
InsyaAllah saya akan bantu mencapai matlamat anda.
Leave a Reply