Sepertimana amalan-amalan yang lain, penyusuan ibu turut dilingkari beberapa tanggapan salah dalam kalangan masyarakat.

Bahkan, ada wanita yang terus beranggapan mereka memang ditakdirkan tidak boleh menyusukan anak sekiranya gagal melakukannya.

Menyedari hal itu, syarikat makanan tambahan, Shaklee Malaysia telah menganjurkan satu majlis diskusi pakar bertajuk Segalanya Tentang Kesuburan dan Kehamilan: Kebenaran dan Mitos di Bandar Sunway, Selangor baru-baru ini.

Salah seorang panel diskusi yang merupakan Perunding Penyusuan Susu Ibu Bertauliah, Dr. Nurzarina Abdul Rahman berkata, walaupun menyusu badan dianggap sebagai proses semula jadi untuk wanita, kebanyakan wanita yang gagal menyusu badan terus membuat tanggapan salah bahawa mereka sudah ditakdirkan tidak dapat menyusukan anak.

“Sebenarnya masih ada ruang untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu, terutamanya ibu-ibu baharu tentang pelbagai faktor penyumbang yang mampu menjayakan proses penyusuan badan.

“Memang benar penyusuan ibu itu bersifat semula jadi dan normal, namun tidak bermakna ia proses yang mudah. Jadi, penting bagi ibu-ibu baharu untuk mempelajari cara yang betul dalam melakukannya misalnya dari aspek posisi bayi dan lain-lain,” katanya.

Nurzarina berkata, keperluan pemakanan untuk menyusu badan adalah sama seperti keperluan semasa hamil.

Nutrien

Bagaimanapun, wanita yang menyusu badan disyorkan untuk mengambil tambahan makanan yang kaya dengan nutrien sebanyak 500 kilokalori setiap hari berbanding semasa peringkat hamil.

“Salah satu daripada mitos yang biasa termasuklah tanggapan bahawa penyusuan yang kerap akan menurunkan pengeluaran susu.

“Sebenarnya, bekalan susu ibu adalah bergantung pada permintaan. Ini bermakna lebih banyak susu yang diminta oleh bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan oleh ibu.

“Susu ibu adalah pemberian untuk anak dan dicipta untuk memberikan nutrien yang diperlukan oleh bayi selagi ia diperlukan,” tambah doktor di sebuah klinik di Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu.

Menurut Nurzarina, tanggapan bahawa seorang ibu itu perlu menghindari penyusuan ketika tidak sihat juga adalah salah.

Katanya, melainkan jika penyakit bersimptom yang serius, penyakit biasa seperti demam, selesema dan sakit tekak tidak seharusnya menghentikan seorang ibu itu daripada menyusukan anaknya.

“Susu ibu bukan sahaja tidak akan memindahkan penyakit kepada bayi bahkan ia mempunyai antibodi spesifik berhubung penyakit ibunya di dalamnya. Ini membantu untuk mencegah bayi daripada sakit,” katanya.

Selain Nurzarina, ahli panel lain dalam majlis diskusi itu ialah Ahli Sains Penyelidikan Kanan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Shaklee Corporation, Amerika Syarikat (AS), Dr. Sonhee Park dan pakar kesuburan Dr. Mathi Arasu Muthusamy.

Turut hadir Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam.

Sonhee pula menekankan bahawa kekurangan nutrien seperti Vitamin B9 (folate) kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil dan menyusukan anak. Kekurangan Vitamin B9 semasa hamil dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan bayi yang dilahirkan.

“Kekurangan vitamin B9 itu meningkatkan risiko kecacatan kelahiran seperti spina bifida atau kecacatan yang serius pada otak, saraf tunjang dan jantung.



Terbaik

“Ungkapan ada menyatakan ibu sihat menjamin bayi yang sihat. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan pemakanan memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk kesuburan (pramengandung), pada peringkat kehamilan dan semasa menyusu badan,” kata Sonhee.

Sementara itu, Helen dalam ucapannya berkata, pihaknya menyedari bahawa ramai pengedar Shaklee merupakan ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan bayi dan ternyata berjaya melakukannya.

“Kami harap hari ini, anda (para hadirin) memperoleh tip-tip praktikal bagaimana seorang ibu baharu berjaya menyusukan bayi, sekali gus mengikis mitos bahawa bukan semua orang boleh menyusukan bayi,” katanya.

Sungguhpun penyusuan ibu merupakan perkara semula jadi, namun para ibu perlu memiliki ilmu mengenainya agar dapat dilakukan dengan betul. – Gambar hiasan

Shaklee merupakan syarikat nutrisi semula jadi terkemuka AS dan telah wujud dalam industri nutrisi di Malaysia selama lebih 24 tahun atau 62 tahun dalam industri global.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyusuan susu ibu ?

Boleh hubungi saya sebagai penasihat kesihatan dan pengalaman penyusuan juga dalam bidang kejururawatan.

Siti Aisah Mohd Ibrahim

0176477837

SID 867656