Pernah lihat papan tanda iklan Shaklee di jalan raya?
Contohnya di persimpangan Giant Shah Alam. Atau di lebuhraya sekitar Sungai Buloh menuju Kuala Lumpur. Atau sekitar Putra Heights menuju KLIA. Atau PLUS di sekitar Skudai/Kempas. Atau PLUS di sekitar Tangkak/Pagoh. Atau PLUS di sekitar Air Hitam/Yong Peng. Atau juga PLUS di sekitar Slim River/Behrang. Fuh, banyaknya.
Mungkin ada di kalangan anda masih tertanya-tanya apa itu Shaklee sebenarnya?
Okay. Anda telah datang ke laman yang betul untuk menjelaskan persoalan asas anda. Kiranya macam menjawab Frequently Asked Question (FAQ) tentang Shaklee lah.
Shaklee ini adalah syarikat nutrisi SEMULAJADI nombor satu atau wahid di Amerika Syarikat. Maksudnya syarikat paling ngetop dalam menghasilkan produk nutrisi dari bahan-bahan semulajadi. Tanpa bahan kimia atau pengawet.
Siapa pengasas Shaklee ni?
Nama dia adalah Dr Forrest C Shaklee. Ha, dia adalah orang pertama yang menformulasi vitamin vitalized yang pertama pada tahun 1915. Ehem, dah seratus tahun produk kita ni tercipta. (Kalau nak tahu macam mana nak dapat vitamin vitalized ini secara percuma, sila hubungi saya. Kerana Shaklee sekarang ada promosi istemewa).
Sudah berapa lama Shaklee sudah wujud?
Shaklee dah wujud di dunia ini lebih 50 tahun. Senang cerita, Dr Forrest C Shaklee ambil keputusan untuk mengasaskan Shaklee pada 1956. Jom, kira berapa sebenarnya umur Shaklee?
Shaklee di Malaysia sendiri sudah dibuka sejak 1988. Ini bukan umur dua tiga tahun punya syarikat. Sudah zaman berzaman. Stabil kan?
Besar ke syarikat Shaklee ni?
Buat masa sekarang, Shaklee sudah bertapak di US, Malaysia, Indonesia, India, China, Jepun, Taiwan, Mexico dan Kanada.
Di Malaysia sendiri Shaklee mempunyai 6 pejabat. Ibu pejabat terletak di Subang Jaya, Selangor. Pejabat cawangan pula terletak Kota Kinabalu (Sabah), Kota Bharu (Kelantan), Ipoh (Perak), Taman Sri Rampai (Kuala Lumpur), Seberang Jaya (Pulau Pinang) dan Johor Bharu (Johor). Besar kan?
Apa produk nutrisi Shaklee ni sebenarnya?
Di Shaklee Malaysia, kita ada macam-macam jenis produk nutrisi untuk memenuhi keperluan hidup seharian anda.
Antaranya, untuk anti-penuaan, kesihatan tulang/sendi, anti-oksidan, kesihatan jantung, kesihatan penghadaman, kesihatan hati, kesihatan dalaman wanita, penyusuan bayi, kesihatan wanita semasa dan selepas mengandung, kesihatan kanak-kanak, aktif bersukan, pembinaan sokongan daya ketahanan badan, pengurusan berat badan dan banyak lagi.
Shaklee ni jual barangan nutrisi sahaja ke?
Oh, tidak. Shaklee juga ada produk untuk menjaga kecantikan muka, rambut dan kulit anda.
Selain tu, Shaklee ni juga ada produk untuk kebersihan rumah anda.
Berkesan dan selamat ke Shaklee ni?
Produk Shaklee ni dah melalui pelbagai ujikaji atau eksperimen sebelum sampai ke tangan anda. Kalau anda nak tahu, Shaklee ni ada pasukan saintis dan penasihat kesihatannya sendiri. Sudah lebih USD300 juta dilaburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Dan setiap tahun, sebanyak lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti dijalankan ke atas produk Shaklee.
Paling penting, produk Shaklee tidak menggunakan perisa tiruan, pemanis tiruan, pewarna, barang terlarang, trans fats, ujikaji binatang dan klorin.
Ini untuk memastikan ianya betul berkesan, selamat dan mesra alam. Seperti tagline Shaklee yang anda nampak di papan iklan, “Always Safe, Always Work, Always Green”. Buktinya, produk Shaklee mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda boleh periksa sendiri pelekat hologram KKM di botol-botol vitamin Shaklee.
Jadi, kalau nak mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web Shaklee Malaysia di:
www.shaklee.com.my
Dan juga hubungi saya, pengedar sah Shaklee di:
Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
Mohd Norhafiz
0192568094
Saya akan setia melayan setiap panggilan, SMS, Watsapp atau Telegram anda.
Leave a Reply