Artikel ke dua menyentuh tentang kecantikan kulit sempena promosi bulan ini. Selain untuk kesihatan gula dalam darah, Polifenol juga adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhtumbuhan dan buah-buahan. Ia berperanan memberi mereka warna sambil melindungi dari penyakit. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan anda, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas termasuk meningkatkan kesihatan dan seri kulit.
Tahukah Anda?
Kulit anda boleh menghasilkan kulit baru dengan menyingkirkan sel kulit mati setiap hari, mewujudkan lapisan baru
kulit setiap 28 hari.
Memiliki kulit yang lembut, anjal, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Anda boleh milikinya
dengan polifenol, salah satu nutrien penting bagi kulit untuk menyokong pengeluaran kolagen untuk
menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur, dan menggalakkan pembentukan tisu yang sihat supaya
anda dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.
Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan penghasilan
kulit sihat dan berseri dengan:
- Melindungi kulit dari kerosakan UV.
- Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedut.
- Menyokong pengeluaran kolagen yang sihat.
- Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda.
Leave a Reply