Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas.

Antaranya mereka akan:

  1. Mengalami penuaan
  2. Masalah perubatan seperti diabetes, darah tinggi
  3. Risiko kanser juga seperti kanser payudara dan rahim.

Link Berkaitan: Bertubuh Ramping Boleh Terkena Serangan Penyakit Jantung

Penuaan merupakan masalah kesihatan paling utama bagi wanita berumur 50-an. Ia sering dikaitkan dengan menopaus . Gejala-gejala ini perlu dititik beratkan kerana jangka hayat bagi seorang wanita boleh mencecah hingga 80 tahun. Ia lebih panjang daripada jangka hayat sebelum ini.

Kajian menunjukkan senario ini disebabkan sosio ekonomi penduduk dunia semakin baik. Justeru bilangan warga emas sekarang semakin tinggi. Namun, jika terlalu ramai, ia mungkin menjadi masalah kepada negara kerana kebanyakan golongan ini tidak berfungsi.

Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.

Antara simptom yang akan merubah wanita 50-an yang mengalami proses penuaan ialah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik hendak tidur dan mudah sangat tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada.

Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang.

Pada usia ini juga, wanita juga perlu berhati-hati kepada penyakit yang banyak terdapat dalam masyarakat seperti darah tinggi dan diabetes.

Perubahan mengikuti proses penuaan seperti garis-garis halus dan uban adalah tidak dapat dielakkan tapi dengan produk penjagaan kulit dan rambut, rawatan muka yang tidak melibatkan pembedahan, kini wanita yang melebihi umur 50 boleh menyerlahkan kecantikan mereka dengan cara yang semula jadi.

Perubahan kulit dan rambut

Tempoh yang lama di bawah matahari, merokok, diet, kegemukan, gravitasi, tekanan hidup dan genetik merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kulit anda. Dengan peningkatan umur, proses pengggantian sel kulit yang baru akan memperlahan, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan kurang elastik.

Lapan tip mudah bagi kulit anda

1 Menjauhi rokok.

Berdasarkan selidik kaji pakar, rokok akan menyebabkan penuaan awal kulit. Rokok mengandungi bahan kimia yang membatasi jumlah oksigen yang sampai ke kulit dan menggangu penyerapan vitamin C yang diperlukan oleh kulit untuk memperbaiki diri.

2 Kurangkan pendedahan di bawah matahari.

Mengelakkan matahari pada jam 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari pada masa itu adalah sangat kuat. Sinar matahari adalah penyebab utama bagi masalah kulit seperti garis-garis halus, bintik-bintik coklat dan perubahan warna kulit. Pakaikan topi, lengan baju yang panjang, seluar panjang dan cermin mata gelap jika berada di luar rumah.

Link Berkaitan: Penjagaan Kulit Tampak Lebih Berseri, Bebas Bintik Bintik Hitam Dan Jeragat

3 Menggunakan krim pelindung cahaya matahari atau sunscreen.

Mengunakan produk SPF30 atau lebih dengan pelindungan UVB dan UVA setiap hari. Cahaya matahari akan menyebabkan kejadian kedutan dan warna kulit yang tidak seimbang. Sunscreen juga mengurangkan risiko kanser kulit.

Link Berkaitan: Penjagaan Kulit Tampak Lebih Berseri, Bebas Bintik Bintik Hitam Dan Jeragat

4 Gunakan pelembap bagi kulit kering.

Pakai pelembap udara dan losyen. Pelembap melembabkan kulit dengan cara mengikat air pada lapisan kulit terluar. Cari pelembap yang berasas minyak.

5 Diet sihat dan minum air yang mencukupi.

Pemakanan yang baik adalah penting untuk kulit. Pastikan anda mengikuti diet sihat yang diperkaya dengan vitamin A, B, C, E dan K yang terdapat dalam makanan seperti bayam, kekacangan, biji-bijian, lemon, limau, jus anggur dan buah-buahan. Air adalah penting untuk hidrasi mendalam. Dasar yang baik adalah 6 hingga 8 gelas dalam satu hari. Minum air juga menghilangkan racun berbahaya dari tubuh.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

RM 52 / Sebotol

Link Berkaitan: Lecithin Pecah Lemak

6 Produk anti-penuaan.

Bahan pentapeptida yang terdapat dalam kebanyakan produk yang baru, membantu dalam mempercepatkan sel kulit untuk menghasilkan kolagen yang penting untuk menegangkan kulit. Krim retinoid yang mengandungi vitamin A adalah sangat efektif dalam mengurangi keriput, mencerahkan warna kulit dan meningkatkan pergantian sel kulit. Anda juga harus mencari tambahan bahan seperti antioksida untuk membuat kulit berisi dan cerah.

Link Berkaitan: Vitamin Antioksidan Shaklee Terkenal Dengan Kecantikan, Tapi Ianya Memberi 1000 Manfaat

Anda boleh klik rajah di bawah untuk ketahui harga produk kami.

7 Perawatan kulit.

Suntikan Botox, pengupasan kulit, pengisi kedutan dapat menghilangkan kesan kedutan dan melicinkan kulit muka. Rawatan laser dapat menambahbaikan kulit, menghilangkan parut dan kedutan dan masalah kulit yang lain.

Tapi di shaklee,kami mempunyai rawatan kulit yang lebih semulajadi ,tidak menyakitkan dan bebas dari bahan kimia.Penjagaan kulit yang mampu berikan tona kulit lebih sekata, lebih cerah, dan yang lebih penting penjimatan penggunaan 6-8 bulan. Sangat berbaloi. Anda boleh klikpada rajah untuk ketahui harga satu set produk ini seperti di bawah:

8 Tidur yang mencukupi.

Dapatkan rehat yang secukupnya untuk melihat perubahan pada wajah anda; Lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat, dan mata bengkak adalah simpton yang kerap. Mendapatkan tujuh hingga lapan jam tidur setiap malam akan menjaga tubuh dan kulit anda. Ia penting bagaimana anda tidur juga – kalau anda merehatkan muka anda di atas bantal, anda akan mendapat kedutan kulit, jika anda meniarap diatas perut, lingkaran hitam di bawah mata anda akan muncul. Solusinya senang – tidur di atas perut anda!