Seperti yang dijanjikan, saya tulis lagi satu artikel berkaitan Ramadhan.
Hmm, kali ni tentang anak berpuasa.
Asasnya, puasa diwajibkan ke atas mereka yang sudah capai umur baligh. Tapi ramai ibu bapa yang menggalakkan anak mereka puasa seawal 6 tahun lagi.
Mungkin Ramadhan kali ni merupakan pengalaman pertama anda bakal melatih anak-anak berpuasa. Bila melatih mereka berpuasa, kita juga sebenarnya melatih mereka tentang perubahan corak waktu tidur dan makan.
Jadi, saya mahu kongsi satu artikel dipetik dari sebuah akhbar di UAE, Khaleej Times.
10 Tips Mudah Melatih Anak Berpuasa
Pertama. Latih anak tidur awal.
Ini untuk memastikan mereka lebih mudah untuk bangun bersahur. Ia juga dapat meminimumkan mereka dari kekurangan tidur. Dan, dapatlah mereka menumpukan terhadap pelajaran di sekolah.
Kedua. Sediakan mereka dengan hidangan sihat lagi tinggi tenaga.
Antaranya, anda boleh hidangkan susu, telur, buah-buahan, sayur-sayuran. Air kosong yang cukup dan minuman kesihatan juga boleh membantu mereka sentiasa terhidrasi sepanjang hari.
Ketiga. Biarkan anak-anak bersahur dengan selesa.
Jadikan sesi bersahur sebagai menceriakan. Mungkin anda boleh bercerita dengan anak-anak tentang pengalaman berpuasa ketika kecil dulu.
Link Berkaitan: Sarapan Pagi Berkhasiat Buat Si Manja Anda
Keempat. Biar anak anda tidur sebentar selepas bersahur.
Ini untuk membantu mereka segar di waktu siang.
Kelima. Ceriakan hari siang mereka.
Ini termasuklah melibatkan mereka dengan pelbagai aktiviti ibadah. Seperti bersembahyang dan bersedekah.
Keenam. Hadkan anak anda dari bersenam atau bersukan berintensif tinggi.
Ini untuk menghindari mereka berasa lemah dan haus.
Ketujuh. Libatkan mereka dalam menyediakan juadah berbuka puasa.
Ini terutama apabila menyediakan makanan kegemaran mereka
Link Berkaitan: Smoothies Mealshake Strawberry
Kelapan. Galakkan mereka berbuka puasa dengan kurma dan air kosong.
Jauhkan “junk food” dari menjadi juadah berbuka puasa mereka. Kurangkan makanan bergoreng dan tinggi kandungan gula.
Link Berkaitan: Vitamin Terbaik Si Manja Sepanjang Ramadan
Kesembilan. Pastikan anak bersahur.
Anak-anak seharusnya tidak dibiarkan berpuasa tanpa bersahur. Ini boleh membuatkan mereka lemah sepanjang hari. Ajaklah mereka bersahur.
Kesepuluh. Berikan hadiah jika anak-anak habiskan berpuasa.
Ini untuk memotivasikan mereka berpuasa. Mungkin ada yang bersetuju dengan cara ini. Dan ada juga yang tidak bersetuju. Terpulang kepada cara masing-masing.
Sumber: http://www.khaleejtimes.com/ramadan-2016/ramadan-health/ease-your-childs-ramadan-fasting-with-these-tips
Berminat untuk mengetahui rangkaian kesihatan shaklee buat seisi keluarga anda?
Boleh menghubungi saya melalui talian
017477837
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
Fb page: Vitamin Mutiara
Follow ig @vitamin_mutiara
Atau anda boleh klik link di bawah untuk dapatkan harga promosi besar besaran bagi produk shaklee sepanjang bulan ramadhan ini.
Leave a Reply