Dua minggu lepas saya dan suami ke Popular Bookstore, Sunway Pyramid. Nak cari buku pasal “online marketing”. Terjumpa satu buku. Kandungan memang menarik.
Sekali belek harga. Terkejut. Dekat RM100. Terus letak balik dekat rak.
Suami: Tak jadi beli ke?
Saya: Tak. Mahal sangat. Dekat RM100.
Suami: Bagus tak “content” nya?
Saya: Memanglah bagus.
Suami: Kalau rasa dengan pengetahuan dari buku tu boleh buat “sales” meningkat lebih dari RM100, korbanlah sedikit duit.
Dipendekkan cerita, saya belilah buku tu. Tapi suami bayar. Huhuhu.
Ya. Itulah sedikit pengorbanan untuk mencapai satu kejayaan.
Anda nak tahu maksud korban?
Korban ni sebenarnya adalah perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Iaitu “qurban”. Dan kata akar “qurban” ini adalah “qaruba”. Bermaksud mendekati atau menghampiri.
Kira macam istilah maksud kawan karib lah. Kawan paling hampir dengan kita. Kawan rapat gitu.
Jadi apa yang anda boleh simpulkan dari makna di atas?
Ya, anda harus berkorban sebelum menghampiri atau mendekati sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Termasuklah kejayaan.
Tiada istilah lif atau eskalator menuju kejayaan. Yang ada hanyalah mendaki tangga menuju kejayaan.
Tiada istilah goyang kaki dan kejayaan datang bergolek. Tetapi kitalah yang berusaha mengejar kejayaan.
No pain no gain. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Prinsip ini terpakai untuk semua perkara. Samada belajar. Kerjaya. Bercinta. Bersukan. Berkeluarga. Dan juga di dalam Shaklee.
Ya anda perlu banyak berkorban di dalam Shaklee sebelum menggapai kejayaan.
– berkorban untuk hadir ke kelas, latihan dan seminar
– berkorban untuk membaca buku dan artikel berkaitan pemasaran
– berkorban untuk mengiklankan produk
– berkorban untuk menghubungi mentor jika ada masalah
– berkorban untuk memimpin organisasi anda
– berkorban untuk melaksanakan strategi perniagaan
Dan pelbagai lagi pengorbanan yang lain. Berikan pengorbanan ini secara sistematik. Bukan seminggu dua. Bukan sebulan dua. Tetapi bertahun-tahun. Semakin besar pengorbanan, semakin hampir anda kepada matlamat.
Bak bebelan suami saya di kaunter bayaran Popular Bookstore;
“Dalam hidup ini, kita perlu memberi dahulu. Barulah kita boleh mendapat kemudian.”
Yup. What you give. You get back.
Bak lagu P Ramlee, Berkorban Apa Saja.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Selamat Hari Raya Haji.
Selamat Hari Raya Korban.
Leave a Reply