Kesihatan adalah harta yang paling bernilai untuk masa depan. Mungkin masa sihat kita tak rasa kepentingan menjaga kesihatan.
Pekara yang sinonim dengan kesihatan sudah pastilah penyakit. Senarai penyakit yang banyak membuatkan manusia lebih rasa bimbang. Terutama yang sedang mengalami kesakitan.
Pihak kesihatan juga sering menjelaskan betapa perlunya kita menjaga kesihatan terutama dikehidupan yang serba serbi memerlukan wang ini.
Memikirkan tentang kesihatan lebih awal akan berkemungkinan dapat menghindarkan penyakit yang menyulitkan kehidupan. Tanpa kesihatan yang sempurna, hidup kita mungkin pincang.Manusia kini hampir lupa tentang kesihatan mereka, ditambah lagi bila mereka merasakan mereka sihat dan menggunakan sepenuhnya untuk pekara yang tidak berfaedah seperti bergaduh, merempit, merokok setiap masa tanpa menghiraukan orang lain sedangkan tabiat tersebut terang-terang boleh menjejaskannya kesihatan dan pelbagai lagi pekara yang boleh merugikan.
Bila berlakunya kesakitan, waktu itu baru lah nak sedar betapa penting kesihatan yang dibazirkan.
Bagi yang berpendapatan lumayan mungkin ini tidak menjadi masalah kerana wang tersebut menjadi sumber untuk merawatnya dan boleh dilakukan dengan pelbagai cara di tempat-tempat yang mempunyai kepakaran. Namun begitu tidak semua masalah penyakit dapat diselesaikan dengan wang.
Bagi yang tidak mampu mereka tetap juga berusaha di hospital-hospital kerajaan yang tiada kurang tandingnya.
Kita perlu pentingkan kesihatan, mengapa..?
Kerana dengan kesihatan banyak pekara kita boleh lakukan seperti bermain bersama keluarga, belajar, bersukan, mencari rezeki, beribadah kepada Allah (swt) dan banyak lagi pekara yang memerlukan kesihatan.
Malah setiap saat kehidupan kita sangat-sangat memerlukanya. Kesihatan yang baik akan melancarkan perjalanan hidup yang baik.
Ibarat sebuah kereta yang tidak mempunyai komponen yang baik sudah pasti perjalanan dan tenaganya tidak dapat di gunakan dengan baik dan selesa.
Tahukah pengambilan mutlvitamin secara berterusan selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit. Tapi kalau kita dah amalkan sejak dr muda, insyaallah badan lebih sihat dan memudahkan kita untuk melakukan ibadah juga. Tapi pastikan multivitamin yang ada ambik adalah semulajadi (kalau sentetik susah nak cakap gak tentang risiko jatuh sakit nie).
Semoga lebih ramai sedar tentang kesihatan sejak dari awal. Pencegahan lebih baik bermula dari awal.
Bak kata sesetengah orang, Ubat untuk orang sakit sebab kesabnya serta merta manakala vitamin untuk orang sihat sebab kesan ambil masa.
Kesihatan versus Harta kekayaan, mana satu pilihan anda??
Dapatkan nasihat kesihatan bersama saya;
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
Bekas Jururawat pengalaman lebih 10 tahun
Leave a Reply