Memang seronok kalau ada anak yang suka baca buku. Terutama pada yang dah bersekolah. Tak adalah berperang dengan anak suruh mereka membaca buku.
Tapi sebenarnya pembudayaan membaca buku perlu dipupuk dari awal lagi. Sejak anak-anak kecil lagi. Iaitu sebelum mereka bersekolah.
Related Link:
Sarapan Ringkas Buat Si Manja Anda
Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan.
Pertama. Bawa anak ke kedai buku atau perpustakaan.
Ya. Bawa mereka bersama setiap kali anda ke kedai buku atau perpustakaan.
Ini untuk dedahkan mereka dengan persekitaran buku.
Kedua. Pilih buku yang menarik.
Paling mudah, buku-buku yang berwarna-warni. Mempunyai banyak grafik.
Atau juga buku mengenai watak-watak kartun yang anak anda suka. Macam Frozen atau Upin dan Ipin.
Ketiga. Bacakan buku kepada mereka.
Mungkin anak anda masih kecil. Dan tak pandai membaca. Tak mengapa.
Bacakan saja buku kepada mereka. Contohnya, sebelum mereka tidur.
Nak lagi menarik. Buat mimik muka serta suara ketika membacakan buku kepada mereka.
Ini bukan saja membuatkan anak anda sukakan buku. Tapi juga, mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak.
Keempat. Ibu bapa juga perlu rajin membaca.
Orang kata, anak ini cerminan ibu bapa. Apa yang ibu bapa lakukan, mereka akan tiru.
Sebelum didik anak kecil suka membaca, ibu bapa juga haruslah suka membaca. Dan bacalah buku anda di hadapan anak-anak.
Jadikan buku sebagai sebahagian mainan anak-anak anda. Orang putih kata, “Books is the new toys.”
Selamat beramal,
Siti Aisah Mohd Ibrahim
Add saya di:
FB: Siti Aisah Mohd Ibrahim
Instagram: vitamin_mutiara
Leave a Reply