Hujung minggu tiba lagi. Siapa yang tak gembira kan.
Bukan orang makan gaji saja gembira dengan kedatangan hujung minggu. Orang yang ada bisnes “part time” pun gembira juga tau. Terutamanya bagi anda yang selalu hadapi kekangan masa berbisnes pada hari biasa. Ya lah, sibuk dengan komitmen pekerjaan tetap.
Sebenarnya, anda boleh guna masa hujung minggu untuk berbisnes secara efektif. Tanpa banyak memberi kesan kepada kualiti masa bersama keluarga.
Eh, biar betul, macam mana tu?
Biar saya kongsi beberapa tipsnya;
1) Bangun pagi
Ya. Bukan bangun tengah hari. Atau petang. Memang sedap tidur di hujung minggu sampai pukul 12 tengah hari.
Tapi kalau anda ada bisnes “part time”, anda mesti kekalkan waktu bangun pagi seperti hari-hari biasa.
Tidur melebihi 8 jam pada hujung minggu boleh mengurangkan baki masa yang anda ada untuk berbisnes.
2) Work out
Ini pentingnya bangun pagi pada hujung minggu.
Anda boleh mulakan hari hujung minggu dengan bersenam. Berjogging. Berlari. Berjalan. Berbasikal. Di sekeliling kawasan perumahan anda. Anda boleh lakukan bersama pasangan. Atau juga anak-anak.
Mungkin hari biasa anda sibuk untuk hantar anak ke sekolah. Atau juga anda sendiri mahu ke pejabat. Tak ada masa bersenam kan? Jadi, inilah masanya.
Bukan saja boleh kekalkan kesihatan badan diri anda dan keluarga. Anda juga boleh ambil kesempatan selit brochure atau katalog produk di peti pos jiran-jiran.
Ini termasuklah sekiranya anda pulang ke kampung halaman pada hujung minggu.
3) Bersosial
Hujung minggu di Malaysia meriah dengan aktiviti atau program. Betul tak?
Ada mesyuarat PIBG sekolah anak-anak anda. Ada reunion alumni anda. Ada karnival atau pameran. Ada kelas latihan, kuliah atau seminar. Ada aktiviti sukarelawan. Ada aktiviti berpersatuan. Atau juga acara sukan dan kesenian. Atau juga jemputan kenduri kahwin. Dan bermacam lagi.
Libatkan diri anda dan keluarga dengan aktiviti atau program sebegini. Faedahnya, anda dan keluarga ada masa berkualiti bersama-sama. Dan juga boleh membina networking untuk bisnes anda.
4) Menulis
Anda mungkin sibuk untuk kemaskini blog pada hari biasa. Hingga blog bersawang.
Ini boleh membuatkan pelanggan tidak tahu perkembangan terkini bisnes atau produk anda. Paling teruk, blog bersawang bakal kurang mendapat capaian utama di enjin pencari.
Gunakan sedikit masa di hujung minggu untuk menulis. Tulis sekurang-kurangnya lima artikel. Tak perlu panjang-panjang. Biar ringkas, padat dan efektif.
Kemudian, anda boleh setkan blog anda supaya pos itu dimuatnaik secara auto pada hari-hari tertentu.
Barulah nampak blog anda aktif sepanjang minggu.
Di hari-hari biasa, bolehlah anda membalas komen pembaca sahaja.
5) Perancangan Mingguan
Malam hujung minggu memang banyak rancangan TV menarik. Daripada lepas berita sampailah ke tengah malam.
Memang boleh melekat sepanjang malam. Tapi anda kena bijak dalam membahagi masa. Antara TV dan juga bisnes.
Nak tau macam mana?
Agihkan sedikit masa malam hujung minggu anda untuk merancang. Buat pelan rancangan untuk satu minggu mendatang.
Paling mudah guna organizer. Contohnya, tulis tarikh atau masa ingin mengeposkan barang. Atau menelefon pelanggan. Atau mengambil stok. Atau hadiri kelas latihan dan seminar perniagaan. Dan bermacam-macam lagi lah.
Ini memudahkan anda mengawal bisnes “part time” setiap minggu. Kuranglah anda merasa seperti kelam kabut pada hari-hari biasa. Paling teruk, sampai terlepas temujanji dibuat dengan pelanggan.
Organizer juga bagus untuk anda “keep track” dan menilai apa yang telah anda lakukan sepanjang minggu.
P/S: Sertai organisasi kami di Shaklee untuk berbisnes secara “part time” sekarang. Pelbagai latihan teknik perniagaan disediakan.
Hubungi saya;
Pn Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
FB: Siti Aisah Mohd Ibrahim
Samada PM, telefon, SMS, Whatsapp atau Telegram. InsyaAllah saya akan bimbing anda.
Leave a Reply