Pernah dengar tidak kenyataan, keluhan yang sering di lontarkan oleh ibu ibu yang baru belajar nak menyusukan anak anak mereka. Kenyataan pendek tapi pada saya, sering tidak mensyukuri nikmat yang Allah beri kerana setiap wanita yang bergelar seorang ibu diberi kelebihan untuk menyusukan bayi mereka.
Kebanyakannya di sebabkan oleh minda dan sifat si ibu itu sendiri yang mempengaruhi susu jadi tidak cukup. Dan akhirnya si ibu tersebut berhenti untuk menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol. Maka kekerapan pemberian susu botol ni lah yang menyebabkan asbab utama pengaruh susu semakin drop.
Penghasilan susu ibu juga akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
- Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
- Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
- Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
- Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
- Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
- Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
- Ibu mengalami tekanan emosi.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
- Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
- Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
- Pastikan bayi melekap dengan betul.
- Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
- Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin serta mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran membantu si ibu lebih cergas dan cukup nutrisi untuk si bayi.
- Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
- Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
- Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
- Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
- Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
- Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
- Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
- Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
- Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.
Leave a Reply