Salam Khamis semua ,sempena hari jururawat ni lah kan,teringat kisah saya menjadi EP Mom masa saya berkerja dulu tau.Nak nak lag setiap 3 jam saya kena berlari ke Bilik Penyusuan untuk sesi Perahan susu buat anak anak saya masa tu.Supaya untuk pastikan anak anak saya cukup bekalan nanti tau.Tambah pula bila saya melahirkan kedua dua anak saya agak rapat .Hanya selang setahun jer…
Sebenarnya saya sama je dengan ibu ibu lain yang ada di mana je, Malaysia ke mahupun di luar Malaysia,mengalami masalah yang sama di awal peringkat pertama semasa proses susu nak keluar.Saya bukan lah seperti segelintir ibu yang lepas je hari ke tiga bersalin, wah susu ibu melimpah ruah..Sampai la basah baju segala kan.Siap tidur pun basah segala tilam lepas menyusukan anak.
Agak bimbang dan jeles juga masa tu bila anak pertama saya lahir ,lepas seminggu tu anak saya merengek menangis setiap 30 min .Masa tu saya buntu juga. Dengan 30 min tu lah,saya perah susu saya pun takde apa yang keluar.Hanya titis yang tak sampai mls. Sampai la ibu bapa saya menyuruh saya membeli Susu Tepung tapi saya kuatkan hati untuk tidak memilih.Sebab saya tahu,kapasiti perut budak masa tu bukan lah yang tahap rangka dan besar. Kalau nak tengok size perut bayi betul betul seperti dala raja di bawah.
Jadi setelah saya survey beberapa website sehingga lah saya terjumpa
blog :anakkuwiraku di situ lah bermula saya ingin mencuba Set Penyusuan untuk menggalakkan di dalam penyusuan susu ibu .
Pertama sekali, apa yang saya harapkan lepas saya amalkan set ni ,confirm susu melimpah ruah.Mind set saya pertama.
Kedua, anak tak kan menangis kelaparan dah..
Yang pertama tu terpesong, lepas saya amalkan set penyusuan shakle dan antara produk didalamnya adalah Alfalfa yang di percayai sebagai Milk Booster, susu perahan saya masih sama tapi saya mengalami bengkak susu..
Terus saya menelefon dealer saya,dia kata Tahniah itu menandakan “Payudara kita sudah menghantar signal untuk proses penyusuan”. Orang kata time fillng kan..Dan dia menyuruh saya untuk buat perahan konsisten setiap 2 jam sekali dan terutamanya selepas anak tidur dan menyusu je terus perah dan kosongkan payudara di kedua dua belah.
Alhamdulillah,berkesan sungguh!!!! Kalau sebelum ni tak boleh kira mls tapi lepas dua tiga hari saya amalkan Alfalfa bersama Esp dan yang lain, perahan meningkat kepada 20-30 mls untuk setiap perahan..
Jom Matematik:
Setiap perahan(2 jam sekali ) = 20-30 mls
Kita ambil 20 mls…Dalam 24 jam maka perahan ada 12 kali
Total susu perahan 20 x 12 kali = 240 mls…Banyakkan…
Link Berkaitan: Tips Ibu Berkerjaya Jika Anda Out Station
Tapi ibu-ibu jangan salah sangka tau, kalau anda ambil suplemen paling mahal di dunia sekali pun tapi tak ada konsep demand vs supply, maka susu pun takkan bertambah. Tak kiralah suplemen paling mahal ke atau anda guna pam paling mahal ke tapi ibu ibu tak menekankan konsep demand vs supply dalam penyusuan susu ibu, maka anda sendiri tak akan menikmati apa yang saya perolehi seperti gambar stok susu saya di bawah:
Nota kaki: Rajah di atas bukan la untuk menunjuk nunjuk tetapi sebagai sumber inspirasi kepada ibu ibu di luar sana terutamanya ibu berkerja, yang mana saya sendiri amat menggalakkan ibu ibu kepada Penyusuan Susu Ibu kerana ia adalah makanan terbaik buat si manja.Kepada ibu ibu yang gagal meneruskan perjuangan penyusuan,jangan bertanggapan negatif, sebenarnya kita sebagai naluri seorang ibu,di dalam Al Quran pun ada menerangkan bahawa setiap wanita itu berpeluang untuk menyusukan anak nya dengan susu ibu tetapi yang penting adalah Usaha.
Seperti saya, tak pernah terlintas sedetik pun saya nak bertukar kepada Susu Formula kerana saya tahu saya yakin saya mampu menyusukan anak saya dengan cara berikhtiar. Mendalami ilmu penyusuan itu sangat la penting kerana ia membantu menjayakan misi penyusuan kita.
Link Berkaitan: Rahsia Berjaya Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun
Link Berkaitan: Tips Pengendalian Penghantaran Susu Ibu Untu Anak Susuan
Jadi buat apa ambil alfalfa? Suplemen hanya berfungsi sebagai pembantu dan penggalak sahaja, Alfalfa Complex bagaimanapun membantu merangsang pengeluaran susu dengan lebih cepat.
Bagaimana Alfalfa Complex membantu sebagai milk booster?
Alfalfa adalah milk booster yang telah digunakan sekian lama di benua Amerika. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah yang tidak boleh dicapai oleh tumbuhan lain.
Alfalfa kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri dari protein,dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.
MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa Complex:
- Kalsium – membina tulang dan gigi, membantu dalam kecergasan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf, membantu darah membeku.
- Kalium – untuk saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim, dan untuk mencerna lemak.
- Zat Besi – diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, digunakan untuk mengangkut oksigen dalam darah
- Fosforus – perlu untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan vitamin D dan kalsium. Meningkatkan peranan tisu saraf.
- Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, menghalang pembekuan darah, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
- Silikon Magnesium – membantu menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi fungsi kulit, merangsang funsi otak.
- Klorin (klorida) – sebagai elektrolit penting untuk membersih dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji dalam badan.
VITAMIN yang ditemui dalam Alfalfa Complex:
- Vitamin A – baik untuk mata. Membina ketahan terhadap jangkitan, menggalakan kulit yang sihat, menggalakkan pertumbuhan sel, penting semasa kehamilan.
- Vitamin E – melindungi sel2 daripada kerosakkan akibat sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun, menguatkan otot di dalam badan, membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
- Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
- Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu kurangkan loya.
- Vitamin K – penting pagi pembekuan darah, fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
- Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus dalam badan, diperlukan untuk gigi dan tulang kuat.
Jadi dengan segala kebaikan Alfalfa Complex ini, tidak ragu lagi Alfalfa Complex terbaik sebagai milk booster.
Yang penting usaha Dan ikhtiar
Dapatkan konsultasi penyusuan yang tepat.InshaAllah ia sangat membantu.
Apa tunggu lagi dptkan promosi hebat sekarang dengan tekan butang shop now sekarang sebelum 31 Mei 2016
Boleh Hubungi saya sekarang
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
Fb Page: Vitamin Mutiara
Follow my [email protected] vitamin_mutiara
Leave a Reply