Ramai yang kata masih sesuaikah diamalkan amalan berpantang ketika zaman moden ini?
.
.
Ini yang boleh menimbulkan pelbagai kekeliruan bagaimana mereka harus mempraktikan amalan ini terutamanya kepada para ibu muda?
.
Perkongsian kali ini ialah mengenai persamaan dari segi faktor utama mengapa amalan – amalan ini masih boleh dan mungkin perlu dipraktiskan .
Mungkin melalui perkongsian empat faktor ini, para ibu muda dapat merancang amalan berpantang mereka nanti.
.
.
1. Makanan berpantang
Perkara paling asas dalam amalan berpantang ialah makanan yang sihat. Amalan berpantang terkenal dengan pelbagai pantang larang yang perlu dipatuhi bagi mengelakan ‘bentan’ atau MEROYAN. Ia berkaitan dengan emosi seorang ibu selepas bersalin.
Pada saya makanan berpantanglah adalah makanan yang berkhasiat tetapi ada pelbagai faktor yang diakui oleh beberapa pihak mengatakan sesetengah sumber makanan tersebut dikhuatiri sejuk dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, ibu berpantang memerlukan nutrien yang berkhasiat daripada makanan sumber seperti ulam-ulaman dan buah buahan.
Sumber protein dan omega 3 yang banyak seperti ikan salmon juga perlu dititik beratkan dalam menu ibu berpantang.Jika si ibu tidak boleh mengambil mengikut keperluan piramid makanan adalah lebih baik untuk kita mengamalkan makanan tambahan untuk pastikan tubuh si ibu cukup nutrisi bagi menyokong penyusuan kepada bayi dalam masa yang sama.
Selain pemakanan yang sihat dan seimbang, makan mengikut masa juga penting lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu badan.
Dan pastikan minum air kosong 3 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi pada ibu dan dalam masa yang sama ini membantu di dalam menyokong proses penyusuan.
.
.
2. Penjagaan diri
Selain pemakanan yang sihat dan seimbang, penjagaan diri juga amat penting.Antaranya pastikan pengeluaran discaj pada vagina sentiasa di cuci apabila setiap kali menukar pad, pastikan memakai pakaian yang bersih dan pastikan luka bersalin sentiasa kering.
Dan adalah lebih baik jika mengambil tukang urut yang sesuai dan berpengalaman. Kerana ia sangat membantu di dalam memulihkan stamina si ibu selepas bersalin dan ibu akan sentiasa lebih bertenaga dan segar. Dalam Spaleisure kami, kami menawarkan perkhidmatan servis berpantang terus ke rumah anda mengikut kesesuaian bajet yang diberikan .
Dengan pengalaman terapis kami, pelanggan akan berpuas hati dan nasihat penyusuan juga akan diberikan buat anda. Kebanyakan pakej di Spaleisure ini sudah dilengkapi dengan pelbagai penyediaan herba seperti mandian herba dan boreh skrub bagi membantu proses pemulihan kesihatan ibu baru bersalin.
Penggunaan herba-herba dalam param, pilis dan bertangas penting dalam memastikan ibu berpantang sembuh dari segi dalaman juga.
Bagi khas pelanggan kami, kami amat menitikberatkan pengambilan makanan tambahan secara dalaman dengan menggunakan produk jamu moden berbentuk vitamin bagi memastikan luka jahitan cepat kering malah ia juga membantu di dalam kesihatan menyeluruh si ibu dan bayi.
Tidak hairanlah rata rata pelanggan kami setelah 2 hari menerima rawatan kami, mereka akan rasa bertenaga dan tidak lagi letih walaupun baru sahaja bersalin. Dan yang paling seronok susu pun meriah kerana emosi si ibu pun sangat baik dan gembira.
.
.
3. Pengurusan bayi
Majoriti hospital sekarang menyediakan kelas antenatal yang turut mengajar cara-cara pengurusan bayi.
Kebanyakan kelas-kelas ini disediakan di klinik klinik, mahupun pusat hospital bagi membantu para ibu muda membuat persiapan diri untuk mengendali bayi yang bakal dilahirkan.
Kami juga akan menyediakan pendedahan pendidikan awal terutamanya kepada pasangan yang pertama kali bakal melahirkan cahaya mata mereka. Kami juga memberikan perkhidmatan servis untuk bayi anda ketika berpantang seperti mandi bayi, urutan bayi malah kami akan berikan tips penjagaan tali pusat mahupun penjagaan asas seharian.
Selain daripada itu, para bapa bolehlah membantu dari segi penyediaan ruang khas untuk si ibu menyalin lampin dan pakaian bayi bagi memudahkan si ibu menguruskan bayi semasa si bapa ke tempat kerja.
Ruang khas ini juga dapat membantu ibu dalam pantang mengurangkan pergerakan semasa di dalam tempoh berpantang.
.
.
4. Kawal emosi
Emosi memainkan peranan yang besar dalam kesejahteraan ibu baru lepas bersalin. Ini kerana, kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai ‘meroyan’ amat lazim terjadi pada ibu lepas bersalin.
Kemurungan selepas bersalin adalah bahaya kerana boleh mengundang akibat yang buruk serta berpanjangan.
Selain itu, emosi juga akan mempengaruhi bekalan susu buat ibu-ibu yang menyusukan susu badan untuk anak mereka kerana emosi gembira akan menggalakan hormon oksitoksin yang akan menggalakan penghasilan susu yang lebih meriah.
Bagi mengurangkan risiko emosi tidak stabil, sokongan dari ahli keluarga yang terdekat amat penting. Sokongan dari segi memberi ruang dan masa untuk ibu lepas bersalin berehat serta menghormati privasi mereka bila mereka ingin masa untuk diri mereka juga amat penting.
Selain itu, membantu dalam urusan rumah juga dapat membantu mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin. Berkongsi perkara-perkara gembira dan positif juga amat membantu. Kemurungan selepas bersalin boleh menjadi punca ibu mengabaikan bayi.
Ini adalah perkongsian secara umum mengenai faktor utama bagaimana hendak menghadapi tempoh berpantang.
Harap agar perkongsian ini dapat memberi idea kepada para pembaca tentang berpantang.
Sekian, selamat mencuba dan selamat berpantang kepada ibu-ibu semua!
Leave a Reply