Hai semua, bertemu kembali. Nak dijadikan cerita si anak mengadu sakit gigi semalam.
Ok kena cari tempat yang dia boleh adap. Sebelum ni memang banyak tempat kita bawa, dia takut nak pergi. Tapi kali ini sebab dia mengadu sakit maka Kak Es ikhtiar cari tempat yang kids friendly.
Sebab kids friendly ni doktor dia tahu nak kendalikan budak.
Alhamdulillah akhirnya terjumpa satu tempat Klinik Gigi Kanak Kanak di seksyen 14,WISMA ALAM, SHAH ALAM.
Terus Kak Es book appointment pagi ini. Dan meluncur laju je terus untuk appointment jam 10 pagi. Beritahu si suami siap siap, dan setuju untuk Kak Es bawa anak Kak Es ke sana.
First impressions Kak Es waahh cantik beb tempat ni. Heaven sungguh. Kalau Kak Es budak mesti Kak Es suka tempat ni.
Semasa nak daftar siap mereka pasang video Little Ponny The Movie. Adeh kalau ada kakak Nuha confirm suka tempat nih.
Cantikkan unit pendaftaran mereka. Bila ditanya dah berapa lama klinik ni, katanya dah masuk tahun ke dua.
Ya Allah apasal aku tak tahu ni😂.
Masuk sahaja ruang surgeri mereka, Ya Allah cantikknya. Siap katil mereka beraneka gambar karton. Memang la budak budak suka. Lega harap Bouchra tak menjerit la nanti.
Tengah pasang apron dan doktor beramah mesra dengan Bouchra. Budak pun tak nampak tekanan.
Syukurla Bouchra boleh terima arahan dan tak melawan seperti sebelum ini, kalau tidak mau dia berlari dari klinik. Tapi sebab sejak dari masuk lagi dia suka, maka dia tak kata apa. Dan doktor mudah buat sepanjang rawatan.
Nampak tak sepanjang rawatan tengah polish gigi tu, siap pasang video Frozen The Movie lagi. Pakai cermin mata gelap. Sungguh psikologi. So memang Kak Es sangat suka persekitaran klinik ni. Sungguh kids friendly. Doktor pun semua ramah.
Dan Bouchra mendapat tips cara menggosok gigi yang betul. Biasalah kalau mak ayah dia ajar, dia reject😂
Alhamdulillah dah tak sakit gigi. Bouchra dah happy sangat.
Parents yang mempunyai anak anak delima, takut nak pergi buat pemeriksaan gigi, saya amat sarankan klinik ni. Memang 5 bintang saya berikan dengan layanan penuh mesra dan doktornya juga sangat friendly.
Boleh datang ke My Kids Dental Care tau.
Rawatan dewasa pun ada juga.
Last but not least, kurangkan pengambilan manis. Pastikan sumber kalsium yang cukup untuk gigi yang kuat. Pastikan Vitamin C yang cukup untuk sistem pertahanan badan mereka yang kuat. Dan pengambilan minyak ikan berterusan mampu berikan daya mental yang kuat serta fokus dalam pertumbesaran mereka.
www.wasap.my/60176477837
Puan Aisyah
Beauty Consultant
Master Coordinator Dfg Team in Shaklee
Leave a Reply