Ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka pandai. Termasuklah saya. Jadi, sedap saya selak akhbar The Sun baru-baru ni, saya ternampaklah artikel ini.
“Eating Fruits During Pregnancy Linked to Higher IQ in Children”
Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu, makan buah semasa mengandung boleh meningkatkan IQ anak.
Biar betul?
Ok, ini adalah hasil kajian penyelidik Kanada dari University of Alberta. Dan ia telah disiarkan di dalam jurnal EbioMedicine. Mereka mendapati kuantiti buah yang dimakan oleh wanita mengandung adalah penyumbang kepada kemajuan kognitif anak-anak yang lebih baik.
Para saintis telah menjalani kajian ke atas 688 bayi berusia satu tahun. Dan mereka mendapati ibu-ibu mengandung yang mengambil 6 hingga 7 bahagian buah-buahan sehari (termasuklah jus) mempunyai anak IQ 6 hingga 7 mata lebih tinggi berbanding skala standard pada usia satu tahun.
Walaupun begitu, para penyelidik tetap memberi amaran. Antaranya wanita-wanita mengandung diingatkan tidak berlebihan dalam mengambil buah-buahan yang mengandungi fruktosa (fructose). Kerana ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti kencing manis dan melahirkan bayi yang besar (“high birthweight”).
Para penyelidik tetap akan meneruskan lebih banyak kajian. Ini untuk memastikan kesan positif pengambilan buah-buahan ke atas perkembangan kognitif anak-anak adalah berterusan dari masa ke semasa.
Anda boleh akses kajian di sini: http://www.ebiomedicine.com/article/S2352-3964(16)30161-X/abstract
Link Berkaitan: Berjaya Hamil Dengan Set Nutrisi Kesuburan Shaklee
Link Berkaitan: Mengapa Diet Ibu Hamil Penting Sepanjang Kehamilan
Anda ibu hamil ingin mendapatkan produk nutrisi Shaklee Set Hamil, boleh menghubungi kami segera di talian:
Whatsapp 017477837
Fb Page: Vitamin Mutiara
Fb: Siti Aisah Mohd Ibrahim
Dan anda boleh klik gambar di bawah untuk teruskan pembelian.
Kredit: http://www.thesundaily.my/news/1817203
Leave a Reply