Assalamualaikum semua, entry kali ini mungkin agak berbeza sedikit dengan yang lain tetapi sekadar perkongsian kepada ibu bapa yang mungkin pernah mengalami senario seperti kami .
Anda mempunyai anak minat memasak atau membuat kek?
Jika jawapan anda “ya”, maka kita satu genglah.
Sebenarnya, anak saya Nuha minat memasak. Saya pun tidak sedar sejak dari bila. Tapi rasanya ketika buat kuih raya sejak tahun lepas. Masa tu, Nuha dan Bouchra pun sibuk nak tolong ibu dia memasak juga.
Memang bersepah jugalah dibuat mereka ketika tu. Habis tepung, gula, corn flakes berterabur atas meja dan lantai.
Pada bulan Mei lepas, Nuha ada aktiviti di tadika. Menghias cup cake.
Lepas itu, baru nampak menjadi-jadi minat dia dalam memasak. Buka TV mahu tengok rancangan memasak. Ok, tidak mengapa. Raya tahun ni, sekali lagi dia dan Bouchra tolong memasak biskut raya.
Oklah. Kita layankan saja. Mama dia pun suka.
Hinggalah satu hari. Nuha belek majalah ayah dia. Dan ternampaklah gambar kanak-kanak memasak. Lengkap dengan apron dan topi chef. Apa lagi, setelah bersoal jawab, dia minta nak pergi “cooking class”. Amboi.
Perkara pertama di dalam kotak fikiran saya, manalah nak cari kelas memasak untuk kanak-kanak di sini. Jadi, ayah dialah yang kena buat “research”. Google. Tanya kawan-kawan tempat kerja dia.
Barulah saya tahu. Rupanya kelas memasak untuk kanak-kanak di Lembah Klang ni tidak lah banyak. Tidak seperti kelas mempertahankan diri, muzik dan seni lukis. Bersepah di merata tempat.
Dari “research”, kami dapat dua nama. Satu, Young Chefs Academy di Hartamas. Kedua, Nathalie Gourmet Studio di Publika.
Timbul satu lagi masalah. Terlalu jauh dari tempat tinggal kami. Hati dah mula berbelah bagi. Tak larat untuk menghantar dan “driving” jauh-jauh dalam kotaraya ni.
Jadi, kami ambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Sehinggalah satu hari, tiba-tiba terdetik hati suami nak “like” laman FB Young Chef Academy.
Maka Facebook secara automatik bagi Suggested Pages sejurus selepas dia tekan butang “like”. Si suami pun tiba rasa gatal tangan nak scroll satu-satu.
Jeng jeng jeng. Keluar satu nama menarik perhatian. Smart Junior Chef. Stalk sikit.
Voila. Rupanya, dia terletak di Bandar Kinrara, Puchong. Lah, dekat saja. Kalau jalan jem dari USJ ke sana, boleh naik LRT. Tempatnya betul-betul berdekatan stesen LRT BK 5.
Apa lagi. Kami aturkan kelas percubaan untuk Nuha dan Bouchra. Habis kelas, kami tanyalah “feedback” mereka. Nuha dan Bouchra kata sangat “enjoy”. Jadi, kami daftarkanlah mereka baru-baru ni.
Minggu ni, saya menghantar mereka ke kelas pertama. Masa kelas percubaan tempoh hari tak sempat, Sebab saya sendiri ada kelas blog.
“First impression”? Hmm. Suasana yang sangat menarik. Design kelas yang menarik minat kanak-kanak untuk memasak. Chef Ong pula sangat “friendly” kepada anak anak. Puas hati sangat.
Untuk pengetahuan anda, mereka akan cuba resepi berbeza pada setiap kelas. Jadi, mereka tak kan ulang buat makanan yang serupa.
Dan yang seronoknya, tentulah Nuha dan Bouchra boleh bawa balik makanan yang dibuat. Dan, Smart Junior Chef bagi resepi dia sekali. Dapatlah kami cuba buat di rumah pula bersama anak-anak kan.
Oklah. Boleh layan gambar di bawah sekadar rujukan. Manalah tahu ada juga yang terjatuh hati untuk capai hasrat anak-anak kan. Merasalah air tangan mereka kan.
Haa. Maafkanlah gambar makanan tu. Anak-anak masih “suam-suam” dari segi hiasan. Tapi jangan tertipu dengan rupa. Sebab rasanya… hmmm sedaaap. Sampai suami pulun bawa bekal pergi pejabat.
Leave a Reply