Ramai di luar sana menjalani bisnes secara “part time”. Dulu, saya pun sama. Rata-rata masalah berbisnes “part time” adalah kekangan masa.
Saya sudah kongsikan beberapa tips dalam posting terdahulu. Jadi, sesiapa yang “miss” episod pertama, boleh klik pautan ini:
https://vitaminmutiara.com/2015/08/bagaimana-mencuri-curi-masa-menjalankan-bisnes-part-time-bahagian-pertama.html
Seperti yang dijanjikan, saya kongsi lagi beberapa tips. Semoga boleh membantu anda.
1) “Referral/Recommendation” Pelanggan
Mesti anda pernah nampak ayat sebegini kan?
“Kalau baik beritahu kawan, kalau tak baik beritahu kami.”
Inilah kuasa “Word of Mouth”.
Syaratnya. Pelanggan anda mestilah sentiasa berpuas hati dengan bisnes “part time” anda. Barulah boleh minta tolong daripada mereka untuk “recommend” produk dan servis anda kepada kenalan mereka.
Contohnya, ramai yang tahu produk Shaklee terbaik. Tapi pengedar juga mesti seiring dengan cara memberikan servis terbaik buat pelanggan.
Nak lagi?
Anda juga boleh minta tolong pelanggan memberi testimonial terhadap produk Shaklee yang digunakan. Bukan itu saja. Boleh juga minta tolong pelanggan memberi testimonial untuk kualiti servis yang telah anda beri.
Jadi, anda sudah jimat sedikit sebanyak masa dalam mencari pelanggan baru.
2) “Sharing is caring”
Kesibukan anda mungkin membuatkan blog bersawang. FB lama tak “update” tentang bisnes anda. Tak ada idea untuk menulis.
Apa kata sekali sekala, anda kongsikan di blog atau FB anda akan berita-berita. Atau artikel-artikel. Atau jurnal-jurnal. Atau juga pos blog/FB mentor. Yang anda rasa ianya bersesuaian dengan bisnes Shaklee dijalankan.
Tapi ingat. Ingat, ingat dan ingat. Anda mestilah bagi kredit kepada penulis asal. Bukan sekadar “copy paste” ya. Seolah-olah menggambarkan itu adalah tulisan daripada anda sendiri. Itu plagiat namanya. Atau bahasa mudahnya, mencuri. Jadi, hormatilah hasil usaha orang lain yang telah menulis material sedemikian.
Hmm. Jimat lagi sedikit masa anda daripada memikirkan idea atau menulis kan?
3) Luangkan masa untuk Tuhan
Ini paling penting. Usaha saja masih tidak cukup. Kita sebagai hamba, mesti selalu berdoa. Setiap hari meminta bantuan daripadaNya. Tanpa putus asa.
Berdoalah,
Agar kita semakin dilapangkan masa. Agar kita semakin dipermudahkan setiap usah. Agar kita sentiasa bermotivasi untuk berniaga. Agar kita dibukakan pintu rezeki seluasnya.
P/S: Ingin menceburi bidang bisnes separuh masa di dalam organisasi Shaklee Dermawand kami?
Cepat-cepat hubungi saya;
Siti Aisah binti Mohd Ibrahim
0176477837
Samada melalui telefon, SMS, Watsapp atau Telegram. InsyaAllah, saya akan bimbing perniagaan anda.
Leave a Reply