Assalamualaikum dan salam Jumaat kawan kawan semua. Tetiba jer pepagi ini nak kongsikan kepada anda semua kisah sebuah cerita berkaitan dengan perihal sebuah kereta.
Saya yakin setiap orang pasti ada kereta idaman kan? Dan bab tentang kereta ni biasanya memang lelaki yang lebih suka berbanding wanita. Saya masih ingat lagi ketika dahulu masih remaja, impian saya ingin memiliki sebuah kereta sporty. Pada masa itu memang saya minat kereta berwarna merah tak kira apa model pun.
Kereta Mercedes model AMG-GT-S-2 ni sangatlah cantik. Merah warnanya sungguh mengancam apabila beraksi di atas jalan raya. Tekan je minyak untuk memecut memang selesa di highway dan nampak bergaya.
Kebiasaannya, jika kita memiliki sebuah kereta baru, pastinya kita akan jaga dengan baik. Saya pun begitu. Tak semestinya lelaki je. Saya akan pastikan dalam kereta mesti bersih. Tak nak la ada sampah merata dalam kereta untuk keselesaan penumpang juga. Walaupun saya dah punya dua orang anak kecil, tapi mereka di didik untuk tidak membuang sampah di dalam kereta tau.
Lepas itu, kereta pun perlu belaian kasih sayang juga. Kalau boleh pastikan kereta kita sentiasa dalam keadaan bersih. Sebaiknya kereta haruslah dicuci sekurang kurangnya seminggu sekali. Barulah sedap mata memandang dan tidak akan ada bau yang kurang enak atau tidak menyenangkan.
Perkhidmatan cuci kereta ini boleh di jumpai di merata tempat . Pergi sahaja di situ dengan kos RM 10 hingga RM 15 ia bergantung pada kawasan anda. Jika saya yang tinggal kondo ini memang tiada pilihan lain, perkhidmatan cuci keretalah menjadi pilihan utama saya untuk saya bersihkan kereta saya.
Ibarat tubuh manusia, jika sehari tidak bersihkan badan, agak agak rasa selesa tak? Badan pun jadi lemau, letih, lesu dan mulalah mengeluarkan bau yang tak senang. Jadi ia akan menjejaskan keterampilan diri kita terutamanya apabila bertemu dengan orang di luar sana.
Dan bahagian paling saya tak arif adalah penjagaan enjin kereta. Yang ini memang sulit bagi saya. Apa yang penting setiap 2-3 bulan sekali saya hantar kereta untuk service engine , tak kiralah aircond atau sebagainya.
Mungkin lelaki lebih tahu sikit bab ni. Saya yang asas tahulah seperti minyak hitam, air batteri dan air wiper. Tapi kalau bab lain tu tak berapa sangat. Memang pomen la yang akan jadi keutamaan.Enjin kereta ini ibarat organ dalam tubuh manusia. Dalam enjin ni pun ada sub sub organ yang perlu di jaga. Jika salah satunya rosak, maka akan menjejaskan kereta kita juga.
Sebab itu wajib hantar untuk service. Sayang tau bila kereta dah cantik, tapi kita tak jaga. Sama jugalah sayang juga bila kereta dah cantik, tapi tuan punya kereta tak boleh nak pandu sebab badan tak sihat. Jadi kedua duanya sama penting. Badan kena sihat untuk kerja harian. Kereta kena tip top untuk bantu kita berkerja.
Jadi sayangilah kedua duanya , kerana kedua duanya sama penting. Bagi yang nak tahu penjagaan tubuh badan pula, boleh dapatkan konsultasi daripada saya sendiri:
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
Bekas Jururawat Pengalaman 10 Tahun
Leave a Reply