Sejak berzaman lagi, kita tahu halia menjadi amalan tradisi bagi melegakan kembung, senak perut atau badan berangin juga. Bagi kes pedih ulu hati, inshaAllah boleh kita amalkan tapi kekadang ia juga memedihkan. Anda boleh menggunakan daun pepermint sebagai alternative lain sebab kedua dua ini berunsurkan mint dan buang angin.
Sebenarnya halia ini kaya dengan mineral seperti potassium,mangan, besi, magnesium, dan juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E.
Halia selain mempunyai kandungan yang berkhasiat, ia juga mampu mengecutkan otot dan keradangan kerana halia itu sendiri mampu menghalang fungsi prostaglandin secara semulajadi.
Persoalannya, sejauh manakan anak tekak kita ni mampu menelan dan menerima air rebusan halia secara konsisten? Sekali dua mungkin boleh akan tetapi jika hari hari sehinggalah 14 minggu , tepuk dada tanya hati. Kak Es memang surrender la.
Pernah dengar halia lemon madu? Meh Kak Es kongsikan.
Anda juga boleh amalkan air halia madu dengan cara menyediakan :
2 inci halia
3 cawan air suam
sedikit madu
setengah biji lemon
Daun peppermint dua hingga 5 helai.
Cara menyediakannya:
Kupas kulit halia dan sagat. Tambahkan 2-3 cawan air bersama perahan jus lemon itu tadi. Tambah satu atau dua sudu teh madu ke dalam air halia tersebut untuk menyenangkan anak tekak terima rasa air tersebut.
Menurut Phytotherapy Research, minuman kesihatan berasaskan halia ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan tetapi ia boleh melegakan migrain, sakit sendi dan pedih ulu hati.
Jangan lupa amalkan setiap hari tau. Tapi artikel seterusnya saya akan kongsikan cara yang lebih mudah lagi, yang mana tidak perlu sagat halia, tidak perlu petik daun ginger, ini bagi mereka yang susah nak telan dan perlukan sesuatu untuk sokong diri mereka ketika sakit. Stay tune!
Selamat Mencuba ya ibu ibu semua.
Yang benar,
#misi_kakes
Leave a Reply