Pelbagai persiapan yang dilakukan terutamanya membeli barang-barang keperluan bayi seperti pakaian, tempat tidur, alat mainan dan sebagainya. Namun begitu, satu perkara yang juga tidak boleh dipandang remeh oleh ibu ialah persediaan penyusuan susu ibu kepada bayi.
Bayi yang baru lahir hanya bergantung kepada susu untuk membesar. Ibu-ibu mempunyai pilihan sama ada untuk memberikan bayi susu ibu atau susu formula.
Walaupun begitu, penyusuan susu ibu amatlah digalakkan kerana mempunyai banyak manfaat kepada bayi yang baru lahir. Kebanyakan hospital dan wad bersalin juga menyokong penuh penyusuan susu ibu.
Dengan itu Kak Es kongsikan persediaan yang bakal ibu perlu ambil tahu sementara menunggu ketibaan cahaya mata sebelum menyediakan keperluan asas yang lain seperti Set Berpantang.
1. Tanamkan niat dan azam untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya diteruskan sehingga 2 tahun.
Sebab itu kita sebagai bakal ibu atau ibu yang bakal melahirkan anak seterusnya mempunya set minda yang positif. Sentiasa mempunyai kata kata semangat kepada diri sendiri dan yang pasti sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa diri kita mampu untuk teruskan penyusuan kepada bayi kita nanti.
2. Berbincang dengan suami untuk mendapakan sokongan bagi penyusuan susu ibu agar si suami boleh memberikan bantuan dan semangat untuk menyusukan bayi kelak. Fahamkan suami mengenai kepentingan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Pasti si dia teruja dan mahu memberikan sokongan 100%!
3. Pastikan kita memilih Doktor dan Hospital Rakan Bayi Untuk Bersalin.
Ini penting kerana para doktor dan jururawat di situ akan membantu ibu-ibu memberikan susu ibu kepada bayi mereka.
4. Si Ibu boleh sertai mana mana Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu untuk mendapatkan info-info berkaitan Penyusuan Susu Ibu.
Semasa hamil, ibu-ibu boleh mengumpul ilmu penyusuan bayi daripada kumpulan-kumpulan sokongan yang berada di sekitar ibu hamil mahupun yang terdapat di laman sosial. Banyak pengalaman penyusuan susu ibu yang boleh dikongsikan di dalam kumpulan-kumpulan sokongan ini terutamanya daripada golongan ibu yang bekerjaya yang mahu melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Sudah tentu banyak perkongsian dugaan dan masalah yang dihadapi sepanjang proses penyusuan bayi dan mereka pasti turut berkongsi cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
5. Lengkapkan diri kita untuk ilmu ilmu asas penyusuan iaitu dengan memahami konsep ‘Supply & Demand’ di dalam penyusuan bayi.
Ibu-ibu harus mempersiapkan diri dengan ilmu untuk mengatasi masalah kekurangan air susu ibu ketika di awal kelahiran, semasa tempoh berpantang serta setelah kembali bekerja. Adalah mustahak untuk ibu-ibu memahami konsep ‘supply & demand’ di mana ibu-ibu perlu kerap memberikan bayi minum susu dengan cara diberi terus secara langsung kepada bayi atau secara perahan (dipam) untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.
6. Sediakan Keperluan Yang Sesuai Dan Lengkap Untuk Penyusuan Susu Ibu.
Bagi ibu yang bekerjaya, susu ibu perlu diperah dengan lebih kerap. Pastikan buat perahan setiap 3 jam sekali terutamanya apabila ready untuk menyusu. Jangan biarkan breast kita bengkak kerana inilah yang menjadi punca “susu drop”. Pastikan si ibu lengkap sediakan barang keperluan Breastfeeding seperti breast pump, cooler bag, ice pag, dan bekas perahan supaya stok yang di buat semasa berkerja selamat di pindahkan dan di simpan di tempat yang sesuai nanti.
7. Cari Pengasuh Dan Taska Yang Mesra Dengan Pengurusan Susu Ibu.
Untuk menjayakan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerjaya, sokongan daripada pengasuh juga diperlukan. Oleh itu, pilihlah taska pengasuh yang boleh dan mempunyai pengetahuan yang baik untuk menguruskan simpanan susu ibu perahan yang dibekalkan oleh ibu untuk bayi ketika ibu pergi bekerja.
Jika anda ditempat ramai ibu sekarang, apakah satu tips yang mahu dikongsikan? Sila kongsikan di ruangan komen dibawah.
Yang berkongsi
Misi Kak Es.
Follow [email protected]_kakesaah untuk dapatkan lebih banyak tips buat ibu hamil dan ibu menyusu.
Jom follow [email protected]_kakesaah untuk banyak tips khas buat ibu hamil dan ibu menyusu