Anda bekerja lebih 55 jam seminggu?
Saya harap tidak. Tapi jika jawapan anda ya, maka anda berisiko untuk “stroke”.
Ini menurut kajian yang dikeluarkan dalam The Lancet baru-baru ni. Kajian ini dilakukan ke atas 600,000 orang. Meliputi orang di US, Eropah dan Australia. Dan setiap daripada mereka berada di bawah pemerhatian kajian selama lebih 8 tahun.
Setelah dibandingkan dengan orang bekerja 35-40 jam seminggu, kajian mendapati:
– Sesiapa yang bekerja 41-48 jam seminggu, mereka berisiko lebih tinggi sebanyak 10% mendapat strok.
– Sesiapa yang bekerja 49-54 jam seminggu, mereka berisiko lebih tinggi sebanyak 27%.
– Sesiapa yang bekerja lebih 55 jam seminggu, mereka berisiko lebih tinggi sebanyak 33%.
Jadi, lebih lama anda bekerja, lebih tinggi risikonya. Bukan itu saja. Anda juga terdedah kepada risiko penyakit jantung koronari. Ini setelah ambil kira jantina, umur dan taraf ekonomi.
Para pengkaji merasakan ada beberapa faktor penyumbang kepada risiko. Mengabaikan aktiviti fizikal. Tekanan kerja yang berterusan. Diet pemakanan yang tak tersusun. Ini kerana mereka terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan diri sendiri.
Jurucakap dari Stroke Association mencadangkan pemeriksaan tekanan darah secara regular dilakukan. Ini bagi mereka yang sering bekerja lebih masa dan bimbangkan tahap kesihatan.
Sumber asal:
https://www.yahoo.com/health/bad-news-for-those-who-work-55-hours-a-week-127169319883.html
P/S: Di Shaklee, kami sering mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma. Antaranya, pemeriksaan tekanan darah. Nantikan berita daripada kami tentang lokasi dan masa perkhidmatan ini bagi sesi seterusnya. Mungkin ia berhampiran lokasi anda.
Bagi anda yang mempunyai cadangan untuk bekerja dari rumah di suatu hari nanti, anda juga boleh hubungi saya untuk mengetahui peluang perniagaan di dalam Shaklee.
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
Samada melalui telefon, SMS, Whatsapp atau Telegram. InsyaAllah, saya akan setia melayan pertanyaan anda.
Leave a Reply