Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah
Sumber: nutriWEB Malaysia
Klik pada gambar untuk muat turun buku Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah – Panduan Praktikal Untuk Ibu Moden
Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah
1 Hari 1 Tazkirah: Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. (HR Tabrani)
PENYUSUAN SUSU IBU BAGI WANITA YANG BERKERJAYA
Susui bayi anda sekurang-kurangnya 5 – 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kebanyakan ibu perlu kembali bekerja selepas 2 bulan. Jadi, bagaimanakah anda dapat terus menyusu bayi di masa anda berkerja. Majikan anda mungkin menyediakan bilik asuhan untuk bayi-bayi pekerjanya. Jika demikian, bawalah bayi anda bersama ke tempat kerja. Andainya ini tidak mungkin,anda masih boleh memberi bayi susu ibu. Berikut adalah beberapa panduan kasar untuk membantu anda :
Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu :
· Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam sebelum mula bekerja.Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.
· Selepas menyusu, parah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.
· Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh kelctar.
· Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.
· Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 – 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.
Selepas berlatih selama dua minggu, anda mungkin dapati anda dapat memerah sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 – 90ml sebotol.
Bagaimana menyimpan susu ibu yang telah diperah :
· Selapas memarah susu ibu ke dalam bekas yang bersih, segera simpan dalam peti sejuk atau bekas yang mengandungi ais. Susu ini handaklah digunakan dalam masa 24 – 48 jam.
· Jika tiada peti sejuk atau bekas yang mangandungi ais, simpan susu perahan di tempat yang sejuk sahingga lapan jam.
· Jangan sekali-kali mencampurkan susu yang barn diperah dengan susu parahan yang telah disimpan.
Bagaimana menggunakan susu ibu yang telah disimpan :
· Sebelum digunakan, biarkan susu tersabut kembali ke suhu bilik. Jika perlu, masukkan bekas dengan susu berkenaan dalam semangkuk air panas.
· Jangan sekali-kali memasak susu ibu.
· Andainya tugas anda memerlukan anda keluar rumah selama beberapa hari, anda bolehlah membekukan susu perahan anda dalam baberapa bekas dalam kuantiti yang sedikit. Untuk mancairkannya, pegang bakasnya di bawah air mengalir. Seterusnya,perlahan·lahan panaskan susu dalam mangkuk mengandungi air panas sehingga ia mencapai suhu bilik.
· Jangan sekali-kali membekukan semula susu yang telah dicairkan.
· Biarkan pengasuh bayi anda berlatih menyusukan bayi dengan susu ibu yang telah diperah.
· INGAT ! Untuk mengekalkan bekalan susu anda, anda perlu menyusu bayi atau memerah susu anda sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Oleh itu, teruskan menyusu bayi anda selepas kerja, di waktu malam dan pada hari-hari cuti dan jangan lupa memerah susu bila berada di pejabat.
Sumber maklumat hospital kerajaan
10 Pilihan Cara simpan susu ibu
Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

Dibawah bebarapa sample storage breastmilk yang biasa digunakan oleh para ibu di masa kini:
Cara menyimpan susu ibu
kredit pada tuan punya gambar ini.
1) Menyimpan Susu Ibu:
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
- Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:
- Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
- Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
- Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:
- Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
- {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
- Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
- Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
- Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
- Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
- Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
- Peti sejuk 1 pintu:
-bahagian fridge 4°C: 7 hari
-bahagian freezer -15°C: 2 minggu
- Peti sejuk 2 pintu
-bahagian fridge, 4°C: 5 hari
-bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
- Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
- Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
- Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
- Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
- {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
- Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
- Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
- Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
- Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
- Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
- Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
- Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
- Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
- Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
- Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
- Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Anda boleh amalkan doa di bawah yer semasa sesi mengepam… Sambil berusaha membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang. InsyaAllah…
![]() |
Boleh klik entry ini untuk mengikuti perjalanan bf mama..Sedikit sebanyak memberi insiprasi kepada semua. |
Mama juga mengamalkan set penyusuan shaklee untuk memastikan badan mama
sentiasa segar dan tidak mudah merasa letih..Ini dengan tidak secara langsung tidak
menganggu perjalanan penyusuan mama dan alhamdulillah mama berjaya menyusukan
dua org anak mama NUHA KAMILAH 2 THN, BOUCHRA AMANI 6 BLN DAN mempunyai seorang anak susuan KHAWLAH SAKNAH 2 THN 1/2.