Anda selalu mengantuk di tempat kerja?
Atau juga selalu lesu menjalankan aktiviti seharian?
Yalah, malam tadi anda mungkin tidak cukup tidur. Atau anda baru lepas habiskan nasi beriyani kambing semasa makan tengah hari.
Mungkin ada rakan anda akan cadangkan anda untuk ambil kopi. Tak kiralah samada espresso, nescafe atau tongkat ali.
Tapi masalahnya anda tak minat kopi. Kalau minum pening kepalalah. Sakit perutlah.
Tapi ada cara lain tak untuk hilangkan mengantuk, keletihan dan kelesuan ini?
Mestilah ada. Mari sini saya kongsikannya dengan anda.
1) Anginkan mulut anda
Sediakan stok gula-gula getah. Nak lagi efektif, ambil perisa peppermint. Perisa yang “menyengat” lidah anda. Dan membuatkan mulut anda berangin.
Ini boleh mengejutkan otak anda dari rasa letih, mengantuk dan lesu.
2) Angkat punggung anda
Kalau mata tu tiba-tiba rasa berat, angkatlah punggung dari kerusi anda. Berjalanlah ke pantry pejabat. Boleh buat air.
Atau, berjalanlah ke meja rakan anda sekiranya ada perkara nak dibincangkan. Itu lebih baik dari berintercom atau private message di PC.
Ini boleh menambahkan degupan jantung, aliran darah dan pernafasan anda. Dan menghilangkan perasaan penat, mengantuk dan lesu.
3) Sumbat telinga anda
Sumbatkan sebelah telinga anda dengan earphone sebentar. Dengar lagu berentak pantas.
Contoh paling senang adalah lagu rock. Anda bolehlah angguk-angguk kepala. Atau gerakkan tangan acah-acah macam main gitar atau drum. Sambil buat mimik muka macam menghayati lagu.
Bolehlah kawan anda sebelah meja rasa terhibur dengan aksi anda.
4) LOL
Kongsi dengan rakan anda cerita lawak. Mungkin dari rancangan lawak yang anda tonton dari TV minggu lepas. Atau tentang video kelakar yang anda nampak dari newsfeed Facebook anda.
Anda juga boleh kongsi teka teki mengarut. Seperti “Bagaimana mahu masukkan gajah ke dalam peti sejuk?”
Eh, kan orang selalu cakap “laughter is the best medicine”. Ubat kepada mengantuk, kelesuan dan keletihan anda.
5) B Complex
Anda boleh ambil sayur berdaun. Seperti salad. Ianya mengandungi vitamin B Complex.
Anda masih ingat pelajaran Sains di sekolah dulu tentang fungsi vitamin B Complex?
Ok. Vitamin B Complex ni boleh menukarkan nutrien yang anda makan kepada tenaga.
Anda mungkin tak dapat merasa terus kesannya selepas makan salad. Tapi anda boleh rasai kesannya setelah mengambilnya secara konsisten dan kerap.
Anda tak suka makan salad? Tak apa. Anda ambillah produk supplement vitamin B Complex dari Shaklee. Dan tentunya dari sayalah, pengedar Shaklee berdaftar anda. Boleh Telefon, PM, SMS atau Whatsapp.
Sekian entri saya untuk kali ini. Moga ada manfaatnya untuk anda.
Puan Aisah binti Mohd Ibrahim
HP: 0176477837
FB: Siti Aisah Mohd Ibrahim
Sumber asal artikel;
http://www.menshealth.com/best-life/boost-energy-without-caffeine?slide=8
Leave a Reply