Sejak Januari 2020, apabila kes pertama di terima oleh Kementerian Kesihatan dijankiti dan dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh, sejak dari itu Malaysia sering menerima pertambahan kes dari hari ke hari sehinggalah awal Mac baru baru ini apabila penularan menjadi Gelombang ke dua apabila kluster tabligh merupakan kuster terbesar yang mencetuskan rangkaian virus ini lebih aktif.
Sehingga kini terkini dari semalam status Covid di Malaysia mendapati 150 orang didapati kes baharu positif, 2470 kes yang telah dibuat rapid test positif coid 19, seramail 388 orang tleah sembuh sepanjang kes dan masih ada 2048 orang kes masih dirawat di hospital seluruh Mlaysia. Dukacita dimaklumkan pula seramai 34 orang kes kematian disebabkan positif Covid 19 di Malaysia.
Dengan keadaa Malaysia sekarang, Kak Es ingin berkongsi sedikit dengan orang ramai apa yang perlu anda faham tentang Coronovirus ni?
Coronovirus (CoV) adalah merupakan famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema sehinggalah ke penyakit teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.
Tetapi kenapa ia dinamakan Coronovirus 19, ini kerana apabila Coronovirus mula menyerang pada December 2019 dan bersempena itu ia dikenali sebagai COVID 19. Coronovirus ini merupakan virus yang sangat kuat terutamanya menyerang sistem pernafasan manusia. Setakat ini belum ada ubat yang tepat lagi dalam merawat COVID 19 ini melainkan pihak hospital hanya merawat simtom yang dialami seperti
- Selsema
- Batuk
- Sakit Tekak
- Sesak Pernafasan
- Demam Tinggi
- Kurang Selera Makan
Jika dilihat ia merupakan simtom biasa sahaja bukan? Kak Es menasihatkan orang ramai jika bersin atau batuk sila tutup mulut atau hidung anda dengan menggunakan tisu serta pastikan tisu yang kotor itu dibuang pada sampah yang tertutup. Atau boleh menggunakan sikut untuk menutup hidung atau mulut ketika bersin.
Dan sekiranya anda mengalami batuk yang terus ,demam yang tinggi serta sesak nafas cepat cepat pergi ke hospital yang ada menjalani saringan COVID 19 terutamanya. Pencegahan awal itu sangat penting supaya rangkaian ini mudah dikesan.
Berlaku jujur kepada para medikal sekiranya anda pergi ke luar negara atau ada contact dengan orang positif Covid 19 kerana ia membantu para medikal untuk menjejaki kluster Covid supaya ia tidak menular lebih teruk lagi..
Kini Kementerian Kesihatan Malasyia sudah pun bersiap sedia dengan gelombang ke tiga yang bakal diramalkan pada pertengahan April ini yang mana KKM meramal 6000 kes positif COVID ketika itu. KKM telah pun mempersiapkan alat kelengkapan perubatan yang lengkap,penambahan hospital saringan yang telah dikenalpasti malah 600 extra kati yang ditempatkan di MAEPS Serdang jika keadaan diluar kawalan.
Wahai rakyat Malaysia, Kak Es menyeru orang ramai agar mengamalkan kebersihan diri yang tinggi:
COVID 19
- Kerap mencuci tangan dengan hand sanitizer atau sabun sekurang kurangnya 20 saat jika menggunakan sabun setiap basuhan.
- Cuci tangan terutamanya selepas batuk/ bersin, sebelum dan selepas ke tandas, sebelum makan atau menyediakan makanan.
- Elak menyentuh mata , hidung dan mulut dengan menggunakan tangan yang tidak dicuci.
- Tutup mulut dengan tisu ketika batuk / bersin, buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah yang tertutup
- Amalkan jarak sosial 1 meter dari yang lain
- Memakai penutup muka jika berada ditempat yang sesak
- Turut perintah kerajaan iaitu Penrintah Kawal Pergerakan (PKP) atau DUDUK DIAM DIAM DI RUMAH, kerana dengan kes menular sekarang ini saya harap rakyat Malaysia harus faham dengan langkah langkah yang dijalankan oleh kerajaan kerana ia membantu dalam membanteras rangkaian kes COVID ini dari menular lebih teruk sekali.
- Amalakan pemakanan gaya hidup sihat makan makanan yang membantu dalam meningkatkan immune booster seperti buah buahan sitrus kerana ia mempunyai Vitamin C yang tinggi mampu melemahkan virus ini.
- Amalkan supplemen seperti tinggi antioksia Vitamin A,C,E,vitamin B , protein yang membantu memperkasakan sistem pertahanan badan manusia.
Kak Es berharap dengan adanya perkongsian ini ia mampu memberikan manfaat pada orang ramai untuk kita sama sama mengambil iktibar semoga MALAYSIA BEBAS DARI COVID 19! MALAYSIA BOLEH!
Leave a Reply