Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:
1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)
Penyelidik kanan Universiti Oxford , Dr Alex Rixardson berkata, makanan tambahan omega-3 terbukti dapat meningkatkan kemampuan membaca terutama di kalangan kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran. Selain itu amalan pengambilan omega-3 juga dapat meningkatkan perhatian kanak-kanak hiperaktif, disleksia, serta mereka yang mengalami masalah perkembangan koordinasi.
- DHA sangat diperlukan bagi pertumbuhan otak, mata dan sistem saraf baby. DHA mewakili sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan asid lemak Omega-3 di bahagian retina mata bagi memastikan sel fotoreseptor berfungsi dengan tepat. Sel ini akan memastikan mata dapat mengenalpasti cahaya (apa yang dilihat) sebelum menghantar maklumat yang tepat ke otak.
- DHA sangat penting ketika usia kehamilan mencecah trimester ketiga , dimana pertumbuhan otak sedang berkembang pesat sebelum bayi dilahirkan. Satu kajian yang dilaporkan menerusi jurnal kanak-kanak pada tahun 2003 mendapati, kanak-kanak yang mendapat sumber DHA yang cukup daripada ibunya semasa di alam kandungan mendapat skor markah yang paling tinggi dalam ujian kepintaran dalam ujian empat tahun berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil makanan tambahan DHA yang mencukupi.
- Kajian juga menunjukkan diet ibu yang kaya DHA berupaya meningkatkan pembangunan kanak-kanak yang lebih baik terutama tahap penglihatan yang baik, aktiviti fizikal lebih cergas dan lebih fokus. Bahkan DHA yang mencukupi akan membantu anak kecil tidur lebih teratur dan nyenyak.
- Selain bayi, wanita hamil dan menyusukan bayi juga boleh mendapat manfaat daripada DHA. Bekalan DHA dalam diet ibu dapat meningkatkan kekuatan ketika hamil dan membantu ibu hamil melalui tempoh kehamilan lebih baik dan sihat, mencegah bayi lahir pramatang dan mengelakkan terjadinya tekanan perasaan selepas bersalin. DHA dikatakan mampu mengawal emosi wanita daripada mudah stress selepas bersalin.
Leave a Reply