Baru baru ini dalam berita harian ada mengupaskan tentang pengambilan diet minyak ikan membantu dalam meningkatkan IQ anak terutamanya.
Sepertimana yang kita tahu, memang betul pengambilan minyak ikan sangat membantu perkembangan kecerdasan minda seawal kehamilan lagi seperti artikel artikel sebelum ini yang telah saya kupasakan. Kajian membuktikan sebanyak 70 peratus jenis kecacatan serius yang berlaku atas bayi di dalam kandungan termasuk terencat akal dan cacat anggota ianya boleh di cegah.
Kecacatan yang berlaku di dalam otak dan saraf tunjang boleh berlaku di dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas persenyawaan. Menurut Ahli Saintis Penyelidik Kanan Shaklee Corporation (USA), Dr Sonhee Park, ada menyatakan risiko kecacatan bayi di dalam kandungan boleh dikurangkan melalui amalan pemakanan sihat sebelum dan semasa hamil. Diet sihat yang dimaksudkan di sini ianya menyokong perkembangan mental, kognitif serta penglihatan bayi.
Selain minyak ikan pengambilan asid folik dan vitamin B9 yang ditekankan oleh Dr Sonhee Park dapat mengelak dari risiko kecacatan kelahiran yang serius lebih optimum.Kekurangan Vitamin B9 semasa hamil dapat meningkatkan risiko seperti spina bifida dan kecacatan serius pada otak, saraf tunjang dan jantung.
Pada tahun 1998, kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan semua bijirin yang diperkayakan perlu diperkuatkan dengan asid folik bagi menurunkan kadar kelahiran cacat dalam kalangan penduduknya. Dengan langkah tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila kadar kecacatan kelahiran berkurangan di negara berkenaan.
Berbalik pada cerita minyak ikan tadi, yang mana kita tahu untuk mendapat Omega 3 yang tinggi atau Asid docosahexaenoic (DHA) yang optimum, antara beberapa sumber ikan yang mempunyai Omega tinggi adalah seperti ikan tuna mata besar, ikan tenggiri, ikan todak dan ikan yu. Akan tetapi pilihan ikan ikan di atas mengandungi merkuri yang tinggi, plumbum atau bahan toksin yang merbahaya. Ibu hamil pun perlu dielakkan daripada mengambil ikan-ikan di atas.
Sebab itu kita harus bijak dalam memilih ikan. Pilihan ikan yang baik adalah ikan kerapu, ikan merah, ikan siakap, tuna sirip kuning, ikan keli, ikan tilapia, ikan sardin, ikan bilis dan hidupan laut lain seperti ketam, kapis, tiram serta sotong.
Bayi lagi lebih banyak memerlukan DHA sehingga usia mereka mencecah dua tahun dengan jumlah 8000 milimol/ liter untuk meningkatkan minda mereka. Bagaimanapun, ikan yang dicemari merkuri meninggalkan kesan negatif ke atas sistem saraf khususnya perkembangan otak janin.
Sebab itu, Dr Sonhee Park menyarankan jika kita sebagai ibu hamil dan mahukan terbaik bagi anak anda, pengambilan makanan tambahan dalam minyak ikan yang mengandungi Omega yang sangat tinggi ia membantu kerana tidak semua orang mampu untuk mengambil sumber protein daripada sumber ikan atau makanan laut disebabkan faktor kesihatan mereka.
Boleh klik link di bawah di dalam artikel Mengambil Tambahan Minyak Ikan Adalah Sangat Penting dan Kenapa Perlu Ambil Minyak Ikan sebagai info tambahan.
Yang berkongsi,
Heatlh Advisory,
#misikak_es
Leave a Reply