Semakin ramai orang orang dalam golongan pertengahan (middle class) yang mendapati sukar untuk mendapatkan rawatan pakar dihospital hospital swasta melainkan mereka ada insurance perubatan secara sendirian atau melalui majikan.
Pesakit pesakit yang telah mengambil insurance perubatan dan telah matang (biasanya lepas lebih satu tahun) boleh dapat biaya untuk pembedahan pembedahan gynecology. Tapi tak ramai orang yang ada insurance untuk kelahiran bayi.
Selama hampir dalam bidang perubatan ini, memang sangat ketara lonjakkan kos bagi rawatan.
Bagi mereka yang bayar sendiri untuk bedah cesarean, Kak Es nasihatkan ibu bapa perlu sediakan RM 15,0000 .
Sembang sembang dengan bekas Jururawat di pusat lain pun siap ada beritahu yang mana pesakit kena bayar RM 25,000 untuk bersalin secara pembedahan. Ini seperti hospital swasta 5 star la. Kak Es pun terkejut. Berapa orang mampu bayar kos tinggi?
Hospital hospital swasta tiga bintang seperti sekitar Bangi, Shah Alam, Sg Buloh , Kajang dan Klang masih boleh lakukan bedah cesarean dangan kos sederhana antara RM 7,000-10,000. Kos bagi kelahiran normal antara RM 2000 -3000. Berpatutan dan dan boleh ditanggung oleh orang pertengahan.
Bagi anda yang berisiko tinggi sebaiknya bersalin di hospital hospital kerajaan yang berdekatan dengan kawasan anda. Mengikut pengalaman bersalin anak anak yang lepas. Dari situ pun dah dapat agak supaya tidak ada risiko yang tidak diingini.
Pastikan penjagaan semasa hamil di jaga rapi, cukup nutrisi supaya tiada masalah seperti low hemoglobin ketika bersalin nanti terutamanya, pendarahan teruk dan banyak lagi.
Perkongsian ikhlas,
Misi Kak Es.
Leave a Reply