Apa itu koronavirus dan di mana ia bermula?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada awalnya jika kita masih ingat di awal tahun ini, wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China.
WHO dalam laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.
Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.
“Virus baru itu adalah koronavirus, yang merupakan keluarga yang termasuk selsema biasa, dan virus seperti Sars dan Mers,” katanya.
Virus baru ini buat sementara waktu dinamakan sebagai “2019-nCoV.”
Bagaimana Koronavirus memberi kesan kepada manusia?
Menurut WHO, koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).
Tanda biasa jangkitan termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas.
Tetapi di tahap gelombang ke tiga ini pula, virus ini tidak meninggalkan sebarang gejala yang teruk pun boleh dikesan sebagai positif covid setelah ujian dijalankan.
Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut. Kebiasaan ia berlaku jika ia mengalami masalah kesihataan yang sedia ada dan menyebabkan imunisasi badan merudum dan virus ini akan menyerang dengan lebih hebat lagi.
Tidak hairanlah jika kes kematian kebanyakannya disebabkan oleh golongan warga emas , yang berisiko dan sedia ada mempunyai masalah kematian serta mereka yang merokok.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 352 kes (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kes (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 511 kes (78.7 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan.
Untuk makluman juga, sebanyak 36 kes (5.5 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini iaitu 34 kes daripada Kluster Tembok dan dua (2) kes daripada Kluster Penjara Reman.
Secara keseluruhannya, sehingga 29 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 649 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,090 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,087 kes.
Ingin dimaklumkan daripada 649 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:
• Indonesia (5 kes);
• India (1 kes); dan
• Filipina ( 1 kes).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut: • Sabah: 352 kes o 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson; o170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Selangor: 132 kes o 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan; o 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Negeri Sembilan : 43 kes o 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bunga; o Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Kedah : 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 21 kes o 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; o Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Labuan : 17 kes o 15 kes daripada kluster sedia ada; dan o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
• Pulau Pinang : 13 kes o 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Johor : 10 kes o Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada; o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.• Sarawak : Lapan (8) kes o Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Perak : Lima (5) kes o Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Pahang : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Melaka : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
• Terengganu : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
• Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.Terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat ICU, di mana 23 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
kredit laporan: Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Bilangan korban
Setakat ini jumlah kumulatif kematian di Malaysia telah pun mencatat bilangan 246 orang.
Adakah ubat atau vaksin untuk menangani koronavirus?
Menurut Menteri Kesihatan, tidak ada ubat atau vaksin untuk virus baru itu lagi setakat ini dan masih dalam kajian.
Beliau berkata satu-satunya rawatan yang boleh digunakan untuk pesakit positif dengan virus tersebut adalah melalui kuarantin dan merawat gejala seperti batuk, selesema dan demam.
Praktis yang terbaik adalah penjarakkan sosial , kerap mencuci tangan dan memakai pelitup mulut. Dan buat masa ini yang terbaik adalah sila duduk diam diam di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar bagi memutuskan rantaian covid 19.
Bagaimanapun, kerja-kerja untuk menghasilkan vaksin tersebut sedang diusahakan oleh banyak agensi kesihatan di seluruh dunia.
Menurut Wall Street Journal, beberapa pembuat ubat-ubatan di Amerika Syarikat (AS) dan penyelidik di University of Queensland di Australia kini antara pihak yang sedang bekerja keras membangunkan vaksin virus baru ini.
CNN juga melaporkan bahawa National Institutes of Health, agensi utama kerajaan AS yang bertanggungjawab untuk penyelidikan kesihatan bioperubatan dan penyelidikan kesihatan awam, juga sedang menghasilkan vaksin.
Satu pasukan saintis di Texas, New York dan China juga turut bekerja untuk menghasilkan vaksin terbabit, kata CNN, yang memetik Dr Peter Hotez, seorang saintis vaksin di Baylor College of Medicine di Houston,
Dengan ini saya sebagai penulis blog Vitamin Mutiara ini berharap kepada seluruh rakyat Malaysia agar sama sama menjayakan usaha dalam membendung memutuskan rantaian covid 19 ini.Jika satu masa dahulu kita berjaya melandaikan rantaian virus berbahaya ini, tidak mustahil sekarang bukan?
Saya merayu sangat sangat semoga Allah sama sama memberikan kita semua kekuatan dan terus bersabar dan ingatlah Allah sendiri menyuruh umatnya untuk berikhtiar dan tidak mustahil kesembuhan itu datang dariNya.
Leave a Reply