Alhamdulillah baru berkesempatan nak update blog hari ini setelah sibuk dengan kesibukan seharian. Kenapa saya memilih entry Honeymoon lagi ni.. Sebenarnya ada di sebalik cerita ni..
Pada tahun 2009 dahulu, masa tu saya berkerja di Riyadh, Saudi. Jadi di antara tempat yang saya betul betul nak pergi pada masa itu sebelum pulang ke tanah air adalah Negara Italy. Ye lah dah dekat kan, jadi dah alang alang kat situ kenapa tak mahu ambil peluang. Kami bercadang selepas sahaja kami menunaikan haji pada masa itu, insyaAllah semoga kami dapat pergi. Tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan kami, maka kami terpaksa membatalkan percutian kami di Italy dan pulang terus ke Malaysia. Tambahan pula pada masa itu terkenal dengan gejala H1N1 yang mana ia berleluasa even di tempat kami berkerja di saudi. Kami lah antara orang yang berisiko untuk dapat gejala penyakit tersebut. Perasaan takut itu tetap ada. Memandangkan masa itu pula memang bercadang nak balik ke malaysia kan, so terfikir lagi dengan masa itu baru lagi masuk ke alam perkahwinan (baru 6 bulan berkahwin) hihi, pasti banyak nak guna duit lagi. Maka honeymoon kami yang ke 3 itu di batalkan.
Secara ringkasnya, Honey moon kami pertama adalah ke Phi Phi Island, Thailand. Di antara salah sebuah negara yang mempunyai pulau yang tercantik di sana. Selepas itu kami berhajat untuk menunaikan haji kebetulan kami dah dekat dengan Mekah.Jadi kami jadikan sebagai Honeymoon ke 2 saya.Ye lah selagi tak ada anak lagi boleh lah kita panggil honeymoon kan..Balik malaysia , kami berhoneymoon lagi di Bali ,Honeymoon kami yang ke 3 tapi masa itu saya dah mengandung 2 bulan. Dan setelah kami bergelar ibu dan ayah, nak pergi bercuti pun dah tak berkesempatan. Pada masa itu, 2010 kami mula berhijrah ke Labuan, memandangkan suami berkerja di salah sebuah syarikat Offshore di sana.
Di situlah segala galanya mula berubah. Saya mula mengenali shaklee setelah melahirkan Nuha Kamilah bermula dengan set penyusuan. Pada mulanya, saya hanyalah pengguna tegar shaklee sahaja. Dan dalam masa itu juga, kami sibuk dengan hal kerja, belajar lagi dan memang kami tidak pergi bercuti kemana mana disebabkan kewangan juga lah. Hanya pergi yang terdekat sahaja iaitu Sabah. Sehinggalah saya melahirkan anak ke 2 saya, tetiba terdetik di hati saya untuk melibatkan diri dengan shaklee. Alhamdulillah dengan mohon restu suami saya di izinkan. Dan di sinilah kami di ajar untuk mempunyai impian.
Dengan shaklee , saya rasa bersyukur kerana setiap bulan saya dan anak anak boleh pergi ke mana sahaja seperti Kuching, Miri, Brunei, kota kinabalu , Sabah dan hampir setiap bulan kami balik semenanjung di tambah pula sekarang ini suami saya sudah pun menetap di sana. Kenapa tidak bercuti tahun ini? Ini disebabkan suami saya mempunyai masalah dari segi passport . Tahun hadapan saya berkata kepada suami saya” Jom sayang kita ke Italy bulan August nanti”. Dia pun kata” Itu lah tempat honeymoon kita nak pergi dulu kan”. So dalam fikiran kami memang nak set tempat percutian kami yang besar adalah Italy selain USS, Singapore untuk anak anak.
Maka kenapa saya sendiri tidak usahakan dan beri yang terbaik buat suami saya terutamanya.Merebut peluang bercuti bersama shaklee secara percuma ke Italy adalah impian yang saya tanamkan !! Tambahan pula trip percutian tahun hadapan adalah ITALY!!! I MUST GRAB IT!! Demi suami tercinta. Kami pun nak rasa juga percutian 5 star shaklee.
Tengoklah betapa indah nya Italy ni. Pasti saya akan ke sana bersama suami tercinta!!!
Salam sayang dari mommy nuha dan bouchra.
shaklee independent distributor saya jual shaklee