Sikap dan tingkah laku ibu bapa sangat memberi kesan kepada anak yang di kandung. Lebih lebih lagi bagi pihak ibu. Ibu perlu berhati hati dalam soal ini. Jika mereka mampu menjaga akhlak yang baik di segala sudut, secara tidak langsung ini dapat memberi kesan negatif kepada janin tersebut.
Akhlak ibu sewaktu hamil sangat mempengaruhi perlakuan anak yang bakal lahir. Cubalah sedaya mungkin untuk berakhlak baik ketika bersama suami, kaum keluarga, jiran tetangga, rakan sepejabat dan juga sesama ahli masyarakat umumnya.
Ibu hendaklah sentiasa tenang dan riang sewaktu hamil supaya anak yang dilahirkan berwatak periang. Jika ibu menghadapi masalah yang merunsingkan, banyakkan bersabar dan menyerah kepada Allah. Manusia tidak dapat lari dari sesuatu yang tidak disukainya. Kekuatan jiwa ibu akan mempengaruhi janin di dalam rahim.
Janin dapat maklumat secara terus dari ibunya. Justeru itu, emosi ibu, marah, gelisah, bimbang, boleh memberi kesan buruk kepada janin. Manakala situasi riang, gembira dan optimis boleh memberi satu galakan yang sangat baik dalam perkembangan janin.
Semasa janin membesar, lebih-lebih lagi selepas berumur enam bulan, dia adalah makhluk yang cergas dan mampu bertindak. Alat pengesan pada janin sungguh peka dan sensitif dengan tingkah laku ibu di luar. Janin boleh melihat, mendengar dan belajar di dalam kandungan. Mereka merasai semua itu dengan cara tersendiri! Itulah realitinya dan di sinilah kebesaran Allah.
Perasaan suami kepada isteri dan janin yang dikandungnya juga adalah faktor terpenting yang menjamin kejayaan dan kesempurnaan kandungan dalam rahim. Ertinya suami perlu prihatin terhadap perubahan yang dialami oleh isteri. Kesabaran suami dalam mendekati dan memahami keadaan isteri ketika ini sangatlah penting.
Mungkin ada sesetengah isteri yang menunjukkan perubahan tingkah laku kerana mengalami alahan ataupun berlakunya hormon pada badan mereka. Seorang suami yang gembira, selalunya akan membuatkan isterinya gembira juga. Berlaku bijaklah dalam menangani emosi isteri.
Jika suka boleh like dan add friends di ;
Fb Kak Es : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Like page : Vitamin Mutiara dan Petua Menghilangkan Jeragat Dengan Pantas
Follow [email protected]_mutiara
Leave a Reply