Bila si isteri yanghamil, ramai yang mengingatkan si isteri la perlu berdoa dan jaga ibadahnya. Sedangkan sebenarnya bukan si isteri sahaja malah setiap pasangan perlu memperbanyakkan berdoa kepada Allah agar anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang sihat, sifat sempurna, cantik, baik akhlak, cerdik, cerdas dan berdoalah apa sahaja yang dirasakan baik untuk kelahiran serta kehidupan anak.
Setelah usia janin 4 bulan, ketika inilah Allah akan meniupkan roh kepadanya. Termaktublah perjanjian antara roh manusia dengan Tuhan. Ketika ini jugalah akan ditetapkan janin tersebut. Sama ada menjadi lelaki atau perempuan.
Beragama Islam, Yahudi ataupun Nasrani. Berapaah usia kehidupannya. Siapa yang akan menjadi pasangan ataupun jodohnya. Menjadi anak anak yang baik ataupun sebaliknya. Bagaimana dan di mana dia akan mati? Semua itu telah sedia dicatitkan pada Loh Mahfuz.
Macam Kak Es, alhamdulillah scan baby ni pun dah tahu sebenarnya jantina apa. InshaAllah doakan saja semoga segalanya dipermudahkan. Kak Es yakin janji Allah itu pasti.
Apa yang penting berdoalah agar roh yang ditiupkan terhadap janin ke dua ibu bapa tersebut, bakal melahirkan insan yang sangat berjasa pada dunia dan memberi manfaat untuk akhiratnya.
Kak Es sentiasa doakan kepada semua ibu ibu hamil di luar sana , dan jangan lupa juga doakan Kak Es moga kita semua bakal lahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Amin
ika suka boleh like dan add friends di ;
Fb Kak Es : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Like page : Vitamin Mutiara dan Petua Menghilangkan Jeragat Dengan Pantas
Follow [email protected]_mutiara
Leave a Reply