Assalamualaikum semua, ibu ibu. Harap sihat hendaknya ya. Al maklumlah kita pun dah dipenghujung syawal. Yang sudah pasti setiap hujung minggu je, mesti kita semua tak lari dengan aktivti berkunjung di rumah rumah terbuka, kenduri kendara dan macam macam lagi lah.
Kak es pun sama juga. Semalam pun baru je selesai meraikan hari jadi anak sulung kak es yang ke 6 tahun.
Nasi Arab menjadi santapan utama hasil air tangan mak yong sendiri.
Kebetulan aktiviti makan makan je jadi kak es teringat sesuatu yang mana kak es nak kongsikan kepada anda semua terutamanya orang macam kak es yang tengah hamil ni. Kak es nak kongsikan tips macam mana kita nak jaga makanan kita supaya kekal bersih dan suci. Bukan sahaja sihat.
Sebab apa yang kita makan , bayi yang kita kandung pun akan dapat juga.
Disamping kita sibuk memakan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan badan kita, kita juga kena pastikan makanan tersebut bersih dan suci dari segi syariat kerana makanan yang di makan akan menjadi darah daging bayi.
Dalam hal pemakanan, Islam memberikan penekanan agar memilih makanan dan minuman yang halal atau benda yang baik-baik. Elakkan benda haram. Penting ibu ibu hamil memilih makanan yang sesuai dan selamat di makan.
Mulakan dengan ucapan Bismillah apabila hendak minum dan makan. Dulukan tangan kanan daripada kiri. Ingat, ibu juga memberi makanan kepada janin yang sedang membesar di dalam rahimnya. Alangkah bertuahnya janin, kerana apa sahaja minuman atau makanan yang di makan telah dimulai dengan menyebut nama Allah. Setidak tidaknnya ibu telah mengenalkan nama Tuhan kepada anaknya dari awal lagi.
Ibu hendaklah mengelakkan diri dari mengidam sesuatu jenis makanan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Segala larangan ini sebagai pemantauan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak baik pada kesihatan si ibu tau dan juga janin yang kita kandung.
Contoh seperti pengambilan Vitamin antioksidan yang boleh menyebabkan keguguran, makan buah durian keterlaluan sehingga menjejaskan janin dalam perut, amalkan makanan manis sangat sangat seperti minum air karbonat boleh menjejaskan kesihatan kita dan banyak lagi la.
Kalau masih ingat lagi, kak es ada kongsikan tips amalan yang kita tidak boleh amalkan ketika hamil . Boleh klik link di bawah sebagai rujukan:
Keperibadian anak yang bakal dilahirkan ada hubung rapat dengan tempoh sembilan bulan mereka di dalam kandungan. Kesedaran ibu bapa sangat penting ketika itu. Semuanya perlu diperhati dan diperhalusi terutamanya dari segi ibadah, akhlak dan makanan kedua ibu bapa kerana ia boleh memberi kesan positif atau negatif kepada janin yang sedang membesar nanti.
Sekian, perkongsian ikhlas Kak Es.
Hadiah istimewa dari salah seorang sahabat Nuha iaitu Icha, balik je rumah Nuha terus buat painting express ni dan dia wish “Thank you” untuk semua.
Jika suka dan nak follow Kak Es boleh:
Jika suka boleh like dan add friends di ;
Fb Kak Es : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Like page : Vitamin Mutiara dan Petua Menghilangkan Jeragat Dengan Pantas
Follow [email protected]_mutiara
Leave a Reply