Happy breastfeeding kepada mommies yang masih sedang menyusukan anak atau yang berjaya menyusukan anak sehingga 6-24 bulan. Tahniah kepada mommies semua. Bangga saya dengan bf mommies.
Kali ini, minggu penyusuan pada tahun ini adalah untuk menggalakkan wanita yang berkerjaya dan menyokong mereka di dalam meneruskan perjuangan penyusuan di mana walaupun si ibu selepas berpantang dan masuk semula ke alam perkerjaan, namun tidak akan menjejaskan misi mereka untuk meneruskan penyusuan kepada si manja sehingga lah dua tahun. Teringat pada zaman saya berkerja dulu, saya menjadi seorang pemerah susu yang sangat tegar. InsyaAllah akan saya kongsikan tips saya untuk perkongsian buat mommies Di luar sana bagaimana saya boleh berjaya menyusukan ke dua dua anak saya sehingga dua tahun. Alhamdulillah kini anak saya pun dah besar dan mereka sihat belaka. Jarang sekali mendapat masalah kesihatan terutamanya asma, mudah demam Dan jangkitan. Wallahualam.
Tahukah anda, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.
Tujuan penyusuan dengan susu ibu dapat memberikan banyak faedah kepada kesihatan yang sangat baik sehingga ia menjangkau usia kanak-kanak.Antara kebaikannya adalah; kurangnya mendapat risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS), meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan[petikan diperlukan], mengurangkan risiko seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan, flu dan selesema, serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia kanak-kanak, diabetes, asma dan ekzema. Juga mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi. Mengurangkan risiko obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa, melancarkan sistem penghadaman dan obstektrik. Mengelakkan masalah kekuingan pada bayi (jaundice). Ia jga mampu mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi dan masalah pembinaan psikologi bayi.
Penyusuan bayi dengan susu ibu juga bayi buat ibu yang menyusu atau ibu yang menderma susu ibu. Ia dapat membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kalian semua terutamanya kepada mommies yang baru menerima cahaya mata dan juga mommies yang sedang berpantang. Selepas ni akan ada banyak perkongsian menarik tentang tips wanita berkerjaya boleh menyusukan anak tanpa gagal.
Hubungi saya untuk penasihat penyusuan, Pn Aisyah 0176477837 (bekas jururawat)
Leave a Reply