Assalamulaikum pembaca dan follower Kak Es yang dihormati.. Macam suprise je kan bunyi nye. Jeng jeng jeng…
Hari yang di nanti nantikan, setelah sekian lama Kak Es berjaya menyimpan, dengan ini Kak Es ingin berkongsi kepada para pembaca semua yang mana inshaAllah Kak Es bakal menimang cahaya mata yang ke tiga hujung tahun ini.
Bukan nak rahsia mana pun, cuma nak suprisekan jer. Tetapi ramai juga yang tegur Kak Es dah kurus . Tak nampak “baby bump” ahkak padahal kandungan kini dah cecah 17 minggu. Dan sebenarnya ramai tak percaya pun ada. Cuma siapa yang teror tu dia akan perasan terutamanya golongan mak mak la. Hehe.
Gambar di atas , hasil ujian air kencing pada 6 April yang mensahkan Kak Es hamil 4 minggu waktu ini. Tapi sepanjang kehamilan Kak Es sehinggalah sekarang, jauh beza alahan yang Kak Es terima. Kalau dulu, Kak Es boleh dikatakan hampir setiap kali muntah. Teruk sampai kandungan berusia 14 minggu. Tapi kali ini, Kak Es tak mengalami alahan teruk pun. Selera makan alhamdulillah seperti biasa. Cuma yang tak boleh Kak Es sangkal, hampir setiap hari nak makan yang masam je.. Kalau boleh Tom Yam tu jadi makanan hidangan setiap hari. Asam pedas menjadi keutamaan lagi.
Yang ni rajah scan ke 2 ahkak sebenarnya. Masa ni dah 9 minggu. Kak Es scan di salah sebuah hospital swasta yang terdekat di sini. Doktor Pakar Gynea dia pun baik. Siap bagi tips lagi di awal kehamilan apa yang perlu kita cegah. Penting jaga masa awal kehamilan ni sebab di peringkat awal ni la, organ organ bayi baru nak terbentuk, janin mulai membentuk tulang dan daging menjadi bayi fizikal yang sempurna. Jadi kita haruslah jaga dari segi pemakanan terutamanya. Pesan Doktor Ng, ibu hamil di peringkat awal ni haruslah:
- Elak dari pengambilan Vitamin A ( supplement tambahan) untuk mengelakkan kecacatan pada bayi nanti.
- Elak makan cheese mentah, untuk mengelakkan bakteria pada bayi nanti.
- Elak pengambilan caffein seperti kopi untuk mengelakkan sebarang risiko masalah jantung pada bayi. Jika milo atau minuman perasa coklat tidak menjadi masalah. Tapi bagi caffein addictor, nak minum boleh tapi sebaiknya hanya segelas sahaja maksimum dan sebaiknya dielakkan sama sekali.
- Jauhkan diri daripada belaan kucing untuk mengelakkan daripada Taxoplasma Viral.
- Elakkan mengambil sebarang ubat ubatan tanpa arahan doktor.
- Jika mahu menjalankan X -Ray perlu beritahu kepada pegawai X- Ray kerana ibu hamil tidak boleh menjalani sebarang X ray.
Berjela tau pesan Doktor Ng.. Kena ingat ke enam enam tips yang di pesan supaya kandungan kita nanti sentiasa sihat dan inshaAllah semoga bayi yang kita lahirkan nanti sempurna dari segi fizikal dan sihat hendaknya.
Meh Kak Es belanja gambar terkini.
Ni gambar Kak Es bersama pasangan tercinta, semasa syawal pertama hari tu. Nasib baik masih boleh pakai baju kurung moden. Saiz sebelum mengandung. InshaAllah tahun depan berlima la kami.
Ni la hasil photoshoot gambar hari raya ke dua. Alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk beraya bersama keluarga tercinta.
Sebenarnya Kak Es akui, di masa Kak Es sedang hamil ketika kandungan berusia 7-8 minggu ketika itu, Kak Es mengalami kesihatan yang agak terjejas sedikit. Pening, letih, lemah, muntah juga.
Akan tetapi nasib baik dua minggu je. Kak Es kembali recover sebelum berpuasa dan Kak Es berjaya puasa penuh tahun ni. Alhamdulillah. Nasib baik segalanya di permudahkan. Malah Kak Es kembali aktif seperti biasa malah lebih rajin kalah sebelum hamil.Hehe..
Next entry Kak Es akan kongsikan kepada ibu ibu semua terutamanya, apakah pemakanan tambahan yang Kak Es amalkan sehingga Kak Es menjadi super duper aktif ni. Dan bagaimana Kak Es kekal aktif di kala Kak Es mengalami alahan teruk dua minggu hari tu.
InshaAllah doakan Kak Es sihat, dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan Kak Es sehinggalah proses bersalin nanti. Due Kak Es 6 Dec 2017.
Jika suka dan nak follow Kak Es boleh:
Jika suka boleh like dan add friends di ;
Fb Kak Es : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Like page : Vitamin Mutiara dan Petua Menghilangkan Jeragat Dengan Pantas
Follow [email protected]_mutiara
Leave a Reply