Bagi sesetengah orang, kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu diambil daripada simpanan lemak badan semasa hamil.
Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan untuk bekalan tenaga diriyang secukupnya di samping memenuhi keperluan bayi anda yang sedang membesar.
1. Minum banyak air
Dalam usaha mengekalkan penghasilan susu ibu, pastikan anda minum banyak air. Oleh itu, anda digalakkan mengambil lapan sehingga 12 gelas air kosong sehari. Ia sudah memadai. Namun begitu, untuk kepelbagaian jenis cecair, anda boleh pilih sama ada jus buah-buahan atau sayur-sayuran; susu atau apa jua jenis sup. Makanan atau minuman seperti ini akan membantu tubuh anda menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi.
2. Fokus Pengambilan Protein
Ketika dalam proses penyusuan susu ibu, anda perlu makan dua hingga tiga hidangan protein setiap hari. Sumber protein yang baik termasuklah daging lembu, ayam, telur, keju, susu dan kekacang.
3. Tambahkan zat besi
Kebanyakan simpanan zat besi dalam tubuh wanita mengalami kekurangan dari tahun ke tahun selepas mula mengalami haid kali pertama. Untuk itu, anda digalakkan untuk mempelbagaikan sumber makanan yang kaya dengan zat besi dalam pemakanan seharian. Hal ini bagi memastikan bekalan zat besi cukup untuk keperluan tubuh anda dan bayi yang sedang disusukan.
Jika perlu, anda boleh mengambil suplemen zat besi tambahan. Namun, berbincang dahulu dengan doktor berkenaan hal ini.
4. Ambil kalsium yang cukup
Pengambilan harian kalsium yang dicadangkan untuk ibu menyusu adalah 1,300 miligram sehari. Jadi, jangan lupa masukkan sumber kalsium dalam menu pemakanan anda setiap hari. Membaca label pemakananboleh membantu anda mendapat kalsium yang cukup. Sebagai contoh, satu cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium.
5. Pilih snek berkhasiat
Sela masa bagi setiap sesi makan seharusnya diisi dengan sesi kudapan. Dengan yang demikian, perut sentiada terisi. Maklum sahaja, ibu menyusu mudah berasa lapar terutamanya selepas menyusukan bayi atau mengepam payu dara. Pastikan snek yang dipilih itu berkhasiat. Contohnya, yogurt, kekacang, buah-buahan segar atau kering dan sebagainya.
6. Hati hati dengan makanan dan minuman
Berjaga-jagalah dengan apa yang anda makan dan minum. Ingat bahawa makanan dan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan toksin lain mudah meresap ke dalam susu ibu jika diambil secara berlebihan. jadi anda elakkan diri daripada keterlaluan mengambilnya.
Kenali tanda bayi sensitif dengan makanan.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran bagi. Walau bagaimanapun, pakar perubatan menyatakan anda tidak perlu mengehadkan pola pemakanan harian melainkan bayi menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum apabila dia menunjukkan ketidakselesaan seperti resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu jenis makanan, anda boleh lihat melalui reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), pernafasan atau najisnya (berwarna hijau atau berlendir). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Leave a Reply