Situasi:
1 Ramadhan: Pandang cermin sambil berbisik, “Harap-haraplah bulan puasa ni berat aku turun.”
30 Ramadhan: Pandang cermin sambil berbisik, “Eh, kenapa bulan puasa ni berat aku naik.”
Link Berkaitan: Kenapa Asia Mempunyai Kadar Tertinggi Obesiti yang Paling Teruk?
Ramai orang dah terkena sebenarnya. Berpuasa di bulan Ramadhan menjadikan berat badan mereka naik.
Lagi rungsing, baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya raya yang ditempah dahulu sudah jadi ketat.
Kenapa berpuasa boleh menjadikan berat anda naik?
Ok. Sebenarnya puasa tidak menjadikan berat badan anda naik. Tapi tabiat anda dari waktu berbuka puasa hinggalah ke sahur yang boleh menjadikan berat naik.
Apa tabiat itu?
Pertama. Makan berterusan dari berbuka puasa hinggalah ke sahur. Sehingga terlebih makan. Yang kadang-kadang boleh membuatkan anda penat kerana perut terlalu penuh.
Kedua. Tidak aktif selepas berbuka puasa. Kiranya macam ular sawa lah. Hahaha.
Ketiga.Makan makanan pada kuantiti lebih banyak berbanding luar bulan Ramadhan.
Keempat. Makan makanan yang bergoreng dan tinggi kandungan lemak dalam kuantiti banyak. Terutamanya pada waktu berbuka dan moreh.
Jadi. Apa yang anda boleh lakukan?
Pertama. Jauhkan dari terlebih makan. Makanlah pada kuantiti yang berpatutan ketika berbuka puasa.
Kedua. Kunyah makanan anda secara perlahan-lahan. Ini untuk mengelakkan ketidakhadaman.
Ketiga. Ambill sup dan salad ketika berbuka puasa. Ini akan membuatkan anda cepat kenyang.
Keempat. Minum air suam lapan gelas sehari. Bukan di siang hari ya. Tapi dari waktu berbuka hinggalah ke waktu sahur.
Kelima. Makan buah-buahan segar. Kalau tak suka makan buah, buat jus buah sendiri dan minum. Tapi seeloknya jangan ditambah gula. Ini lebih baik dari jus yang siap dijual. Kerana ia tinggi kandungan gula.
Keenam. Pilih produk tenusu yang rendah lemak dan makan daging bahagian yang kurang berlemak.
Ketujuh. Berjalanlah sekurang-kurangnya setengah jam hingga ke satu jam setiap hari. Ini untuk membakar lemak. Sebagai contoh mudah, berjalan pergi dan balik dari masjid untuk berterawih.
Selamat berpuasa. Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan.
Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog saya. Jom, kita kekal sihat bersama-sama.
Sila baca juga:
10 Tips Dari Dubai Untuk Bantu Anak Mula Puasa
7 Tips Pengambilan Kalori Semasa Ramadhan
Sumber: http://www.khaleejtimes.com/ramadan-2016/ramadan-health/10-tips-to-avoid-weight-gain-during-ramadan
Nak saya bantu untuk menurunkan berat badan di bulan puasa?
Boleh hubungi saya ;
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
Fb Page: Vitamin Mutiara
Follow my [email protected]_mutiara
Leave a Reply