Pernah hadapi situasi begini?
Haid atau period anda tidak datang. Atau juga lewat datang. Anda buat pemeriksaan UPT. Tapi keputusannya negatif.
Iklan: Risik Bisik Wanita Atasi Senggugut
RP RM 92.50
(DAPATKAN HARGA POTONGAN 30% JIKA ANDA MENJADI AHLI SHAKLEE)
Kenapa ini berlaku?
Sekiranya anda berkeinginan untuk hamil, kelewatan haid memang mendebarkan. Tapi boleh mengecewakan bila keputusan UPT adalah negatif.
Hamil atau mengandung bukanlah satu faktor haid anda lewat tiba. Ada pelbagai sebab lain.
Antara sebab haid atau period anda tidak datang atau lewat datang adalah:
1) Susukan anak
Sekiranya anda menyusukan bayi, tubuh menghasilkan banyak hormon prolaktin. Dan ini menyebabkan haid anda terhenti seketika.
Mungkin anda tidak mengandung atau menyusu. Tapi ada kemungkinan tubuh anda menghasilkan hormon prolaktin yang tinggi. Tandanya apabila puting payudara anda mengeluarkan titisan susu.
Iklan: Tips Susu MEWAH
2) Stress
Tekanan tempat kerja, kehilangan orang tersayang atau apa saja yang boleh mengganggu perasaan anda.
Situasi sebegini boleh menyebabkan hormon tubuh anda terkesan. Dan boleh menyebabkan haid anda datang lewat.
3) Aktiviti fizikal berlebihan
Mungkin anda memulakan latihan memanjat gunung. Atau juga latihan persediaan acara larian jarak jauh. Dan latihan ini adalah di luar kebiasaan aktiviti fizikal anda.
Aktiviti sebegini boleh menyebabkan anda cepat kehilangan berat badan. Sehingga boleh menyebabkan kelewatan haid anda.
Ini termasuklah kes kurus yang serius. Contohnya anoreksia.
4) Pertambahan berat badan
Bukan saja penurunan berat badan yang terlalu cepat boleh menganggu hormon. Pertambahan berat badan secara cepat juga boleh menyebabkan kelewatan haid anda.
Ini termasuklah bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Seperti obesiti.
Iklan: Tips Wanita Langsing
RP RM 669
(DAPATKAN HARGA POTONGAN 30% SEBAGAI AHLI SHAKLEE)
5) Pil Perancang
Sekiranya anda ambil pil perancang, ia boleh menyebabkan kelewatan haid.
Mungkin anda telah berhenti dari mengambilnya. Tapi ada kebarangkalian haid anda hanya kembali normal selepas beberapa bulan.
6) PCOS
Polycystic Ovary Symptom. Satu keadaan ketidak seimbangan hormon. Ia terjadi akibat kekurangan ovulasi.
Ini kerana hormon merangsang penghasilan banyak folikel. Dan folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur.
Antara simptom anda mempunyai PCOS adalah;
– tumbuh bulu di muka, dada dan bahagian bawah abdomen.
– tumbuh jerawat.
– bertambah berat badan.
7) Tiroid
Kelenjar tiroid ni terletak di bahagian leher anda. Fungsinya mengawal metabolisme. Dan ia juga berkait rapat dengan pelbagai sistem tubuh anda. Supaya badan anda dapat berfungsi dengan baik.
Dan haid juga boleh terganggu sekiranya tiroid anda tidak seimbang. Samada terlebih atau terkurang.
Sekiranya haid anda datang lewat atau terhenti secara berterusan, anda boleh mendapat khidmat nasihat pegawai perubatan.
Related Link: Cara Mengurangkan PMS
Sumber;
http://m.livescience.com/41329-why-is-my-period-late.html
Leave a Reply