Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ok, Kak Es nak sambung hujah semalam kenapa ibu hamil perlu ambil minyak ikan ni. Multivitamin, B complex, Folic asid, Ferrous fumarate adalah bekalan rutin yang ibu dibekalkan dari klinik klinik kan. Tapi kalau terkini, klinik akan berikan Obimin terus dengan Zinc Cooper.
Tapi Kak Es amalkan pemakanan tambahan sendiri sebab pengalaman daripada dua orang anak Kak Es sebelum ini memang Kak Es hanya amalkan satu brand sahaja dari haml sehinggalah berpantang dan penyusuan.Alhamdulilah Kak Es berpuas hati. Tapi Kak Es kat sini nak ”highlight” kepada ibu- ibu semua akan kepentingan Omega-3 juga yang mana manfaat kita amalkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega -3 ni sangat bagus untuk perkembangan minda bayi dalam kandungan.
Jika kita amalkan dari janin lagi, alangkah bagusnya kerana kita dah membentuk perkembangan minda dan fungsi immun yang tinggi bagi bayi tersebut dari janin lagi.
DHA yang terdapat di dalam minyak ikan ini memberikan komponen penting untuk kesihatan retina pada mata janin yang mana ia melibatkan perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi. Dalam masa yang sama, jika kita amalkan minyak ikan dari awal lagi, ia mampu mengurangkan risiko alahan pada bayi seperti mudah di serang masalah pernafasan seperti batuk,selsema, atau allergi.
Sebab itu kenapa DHA yang terdapat dalam minyak ikan ini penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan sehinggalah semasa proses di peringkat awal pembesaran kanak kanak. Yang mana si ibu boleh amalkan minyak ikan ini secara terus di dalam penyusuan susu ibu. Maka si bayi akan dapat manfaat minyak ikan ini melalui penyusuan.
Dan yang lebih istimewa untuk si ibu sebagai pengamal minyak ikan ni, jika kita cukup omega-3 di dalam badan, kesihatan ibu dan emosi ibu lebih stabil selepas bersalin nanti tau. Yang ni ramai yang kurang tahu. Malah ia membantu menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran yang lebih sihat.
Walaupun kita tahu omega -3 ni banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan tapi perlu tahu ya, ia adalah nutrien yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Sebab itu kenapa kita perlu mengambil suplemen Omega-3. Wanita hamil perlu 300 mg DHA setiap hari pun sudah memadai.
Next entri Kak Es akan kupaskan pula bagaimana ibu ibu boleh perolehi sumber minyak ikan yang selamat, yang mana pengambilan ikan laut dalam kita tak boleh amalkan selalu disebabkan kandungan merkuri dan bahan berbahaya yang tinggi yang mengganggu kesihatan bayi dan ibu sendiri.
Maka , tanggungjawab Kak Es seterusya adalah akan memberikan info berkaitan pemilihan minyak ikan yang boleh diperolehi melalui bantuan makanan tambahan yang lebih selamat dan tidak mengganggu perkembangan bayi. Stay tune!
Boleh follow Kak Es di Facebook Kak Es:
Siti Aisah Mohd Ibahim
Talian telepon yang boleh dihubungi 0176477837
Leave a Reply