Nak tahu tak, kenapa ibu hamil perlu buat pemeriksaan gula MOGTT tuh? Ingat lagi tak posting yang kak es pernah cerita tentang MOGTT tuh?
Yang mana ibu hamil kena buat ujian air gula untuk pastikan kesan keabnormalan sepanjang hamil kan.
Penting sangat tau. Tadi Kak Es saja la ambil bacaan 2 jam lepas makan tengah hari. Alhamdulillah cantik bacaan 5.7 mmol.
Normal bacaan gula bagi ibu hamil:
Fasting sugar tak boleh lebih 5.3 mmol
After meals tak boleh lebih 6.7 mmol
Jom kita tengok kesan apa yang terjadi pada bayi dan ibu jika GDM (Gestasi Diabetes Melitus) :
Kesan Kepada Ibu💟
1. Kompilasi retinapati dan buah pinggang
2. Preeclampsia (hypertension)
3. Polihydramnios (air ketuban berlebihan)
4. Keguguran
5. Jangkitan kuman di bahagian vagina
6. Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)
Kesan Kepada Bayi💟
1. Bayi melebihi 4 kg
2. Mati dalam kandungan (lemas semasa hamil)
3. Kurang glukos dalam darah
4. Kecederaan pada saraf
Sama sama lah kita mengambil langkah berjaga jaga. Kak Es sendiri memang ada mesin glucose monitoring kat rumah sebab memang dah sedia ada lama dah. Kak Es tak kencing manis.
Tapi sejak hamil and now 20 weeks Kak Es memang cukup jaga diet. Sebab Kak Es ada sejarah keluarga, ibu kencing manis. Alhamdulillah setakat ni Kak Es jauh dari masalah kencing manis.
Sharing is caring.
Boleh like and share, posting ni tau. Dan kak es akan banyakkan sharing info berguna terutamanya bagi para ibu, so bolehla klik friends dengan kita tau. Hugs!
Boleh follow Kak Es di facebook Siti Aisah Mohd Ibrahim.
Leave a Reply