Mungkin ketika ini anda sedang memikirkan untuk memulakan perniagaan.
Sebabnya, anda minat berniaga. Atau anda nak pendapatan sampingan. Atau nak bayar hutang. Atau dah bosan makan gaji. Atau baru hilang kerja. Atau adik-adik fresh graduate yang dah berbulan-bulan tak dapat kerja. Atau yang selama ni merantau dan mahu balik ke tempat asal. Atau yang berhenti kerja sebab nak jaga anak. Atau juga terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga pasangan atau ibu bapa sakit.
Tapi anda kurang modal. Kurang pengetahuan dan pengalaman ilmu berniaga. Network yang kecil. Dan tiada mentor pula.
Apa macam kalau sertai organisasi kami di Shaklee.
Sebabnya;
1) Hanya perlukan modal kecil
Anda mahu berniaga tapi tak ada modal?
Jangan risau. Dengan bayaran serendah RM65, anda sudah boleh mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Untuk seluruh Malaysia lagi. Anda tak perlukan sebarang premis/kedai untuk menjual produk. Ini sudah jimat wang dari menyewa dan ubahsuai.
Saya sendiri tak ambil pinjaman peribadi daripada mana-mana bank (atau ah long) untuk memulakan perniagaan Shaklee. Jadi, kuranglah satu beban nak menservis pinjaman.
2) Latihan perniagaan pada kos minima
Anda tak ada wang banyak untuk menghadiri mana-mana seminar perniagaan di luar sana?
Sesi kelas coaching offline.
Wellness Fair di Semenanjung Malaysia;HQ Shaklee HQ Sunway Pinnacle.
Kelas Advance Businesses Builder bersama Tuan Hj Roslan ;Sifu Jutawan Shaklee sudah 24 tahun berniaga shaklee
Tak apa. Di dalam organisasi Shaklee kami, anda akan mendapat banyak latihan dan seminar. Ini untuk pastikan kemajuan perniagaan anda. Paling menarik, kebanyakan latihan ini adalah PERCUMA. Kalau latihan berbayar pun, hanya beberapa kali dalam setahun sahaja. Itupun kadang-kadang hanya mencecah puluhan ringgit sahaja. Ini berdasarkan pengalaman sayalah. Lagi sekali jimat kan?
Ada latihan atau seminar secara offline (contohnya, hadiri kelas) atau ada juga secara online (contohnya, melalui teleconference). Ikut kesesuaian masa dan tempat.
Latihan atau seminar apa yang anda boleh dapat?
Ok. Antaranya berkaitan produk, teknik pemasaran, pengiklanan, pelan atau sasaran perniagaan, cara berkomunikasi, bercakap di hadapan audiens (public speaking), khidmat pelanggan, pengurusan stok, blogging, kepimpinan dan banyak lagi.
Kenangan Shaklee Success Seminar bersama Olivia Dan Mr Victor Lim.Seminar padat dengan info Dan Motivasi.
Latihan atau seminar ini diberikan samada oleh staff-staff Shaklee dan juga mentor-mentor di dalam organisasi kami.
Di dalam organisasi kami, tak ada istilah kedekut ilmu. Masing-masing boleh berkongsi ilmu yang mereka dapat dari pembacaan, kelas seminar latihan dan juga pengalaman dunia pekerjaan.
Paling penting, anda mesti ada kemahuan dan inisiatif yang tinggi untuk belajar. Dan ambil tindakan atas ilmu yang telah dipelajari
3) Titik permulaan kepada networking yang luas
Di dalam organisasi kami, anda boleh jumpa banyak kenalan. Mereka ini ada bermacam latar belakang.
Ada yang bekerja dari rumah. Ada bekerja di hospital atau klinik. Ada bekerja di sekolah, kolej atau universiti. Ada yang bekerja di offshore. Ada yang bekerja di pejabat kerajaan. Ada yang bekerja di kedai, restoran, hotel dan perindustrian. Ada yang bekerja di syarikat swasta. Dan banyak lagi.
Ada yang dari Semenanjung. Ada yang dari Sabah dan Sarawak.
Pendek kata, anda boleh membina networking merentasi sempadan kerjaya dan tempat.
Anda bukan setakat boleh berkongsi pengalaman dalam bisnes Shaklee. Anda juga boleh berkongsi pengetahuan bidang kerjaya masing-masing. Tak susahlah nak minta nasihat kalau anda ada masalah yang berhubungkait dengan profesyen orang-orang di dalam network anda.
4) Bimbingan mentor berterusan
Mentor Shaklee saya Master Norita yang sudah 17 tahun di dalam shaklee
Anda pernah terbaca kata-kata billionaire terkenal Richard Branson “No matter how smart you are, how brilliant your business concept might be, every entrepreneur needs a good mentor.”
Tapi di mana anda mahu mencari mentor?
Ha, di Shaklee lah. Anda bukan sekadar ada satu mentor. Bahkan lebih dari itu. Saya sendiri ada tiga mentor. Abang Naquib, Kak Norita dan Haji Roslan.
Kenapa mentor penting dalam perniagaan?
Mereka ini adalah sumber nasihat dan inspirasi. Terutamanya bila menghadapi rintangan, cabaran dan masalah. Sebabnya, mereka pernah melalui cabaran dan halangan yang mungkin sama di masa lepas. Dan mereka ada banyak pengalaman dalam menyelesaikannya.
Kalau ada masanya anda rasa “down”, mereka ini boleh memotivasikan anda.
Paling penting, anda boleh berkongsi cita-cita dengan mereka. Jadi, mereka akan pastikan anda bertanggungjawab dengan cita-cita sendiri. Kalau tersasar sepanjang perjalanan dalam mencapai cita-cita, mereka boleh bawa anda balik ke pangkal jalan.
Jadi, apa tunggu lagi. Sertailah organisasi kami sekarang.
Hubungi saya;
Siti Aisah Mohd Ibrahim 0176477837.
Mohd Norhafiz 0192568094
Samada melalui telefon, SMS, Whatsapp atau Telegram. InsyaAllah, saya akan melayaninya.
“Together for a better future”
Leave a Reply