Adalah biasa jika anda tidak dapat membuang air besar selama beberapa hari pertama selepas melahirkan bayi..
Kebetulan pula hari ini kak es di tanya oleh seorang ibu hamil, katanya dia sembelit teruk sekarang ni lepas pantang. Jadi apa tipsnya?
Sebenarnya, kira-kira 20% ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan. Jadi kak es nak kongsikan dulu patofisiologi kenapa ibu lepas bersalin sering sembelit. Jadi nak bagi ibu ibu ni faham dulu sebelum kak es nak kongsikan tips.
Di hospital, anda mungkin tidak rasa hendak membuang air jika anda diberi enema semasa peringkat awal kelahiran. Ada juga sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh membuang air besar:
- Jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan anda semasa hamil boleh menyebabkan sembelit.
- Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
- Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi lebih lemah.
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
- Anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
- Anda mengambil pil zat besi yang boleh menyebabkan sembelit;
- Anda mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan.
Leave a Reply