Kesinambungan artikel sebelum ini berkaitan dengan kepentingan nutrisi semasa hamil, dan kali ini Kak Es akan bawakan pula perkongsian akan kepentingan nutrisi selepas fasa bersalin yang mana di saat ini ibu ibu akan bersedia untuk perjuangan penyusuan.
Dr Nurzarina Abdul Rahman yang turut terlibat di dalam sesi menemuramah bersama sidang meja bulat dengan beberapa panel yang lain, beliau menyentuh tentang kebanyakan ibu ibu ini sering memandang serong yang mana mereka tidak mempunyai cukup susu ibu atau atau sudah ditakdirkan tidak dapat menyusukan anak mereka.
Sebab itu tujuan kami di sini adalah ingin meningkatkan kesedaran kepada para ibu terutamanya bagi mereka ibu ibu baru yang bakal melahirkan anak pertama sudah tentu mempunyai pandangan sedemikian dan pelbagai faktor yang boleh membantu ibu ibu untuk menjayakan di dalam proses penyusuan susu ibu.
Antaranya adalah pengamalan pemakanan kepada ibu yang lepas bersalin dan menyusukan anak mereka memerlukan 500 kcal/day sama seperti ketika hamil dulu. Sebab itulah kenapa pengambilan makanan amat penting sekali. Dan di antara mitos yang sering kami temui adalah penyusuan kerap akan menyebabkan susu makin sedikit. Walhal penyusuan yang keraplah sangat penting untuk memastikan rangsangan dan penghasilan susu yang semakin meningkat dari awal bersalin lagi.
Susu ibu adalah pemberian untuk anak yang di cipta untuk memberikan nutrien yang diperlukan oleh bayi selagi ia diperlukan. Para ibu harus berhati hati dari segi pengamalan diet pemakanan untuk memastikan bayi menerima cukup zat nutrien buat si bayi.
Kak Es sedar ada juga sebilangan mereka tidak bersetuju untuk mengambil sebarang supplemen. Tetapi pada Kak Es ia adalah bergantung kepada si ibu tersebut. Jika si ibu tersebut mampu untuk pastikan pengambilan diet seharian yang cukup mengikut piramid makanan, maka supplemen boleh di tolak tepi.
Tetapi jika anda seorang ibu yang sangat sibuk, ibu yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan mengikut nutrisi yang cukup malah ibu yang vegetarian pada saya , ia sangat perlu untuk memastikan perkembangan bayi itu juga kerana mereka bergantung 100% daripada sumber nutrien yang diperolehi daripada air susu ibu.
Dan ada juga menyatakan susu ibu adalah kudrat yang diciptakan serba serbi dah penuh nutrien. Tapi Allah sendiri tidak pernah menghalang umatnya untuk kita berikhtiar bahawa jika kita mampu demi kebaikan anak maka haruslah kita untuk menjalankan amanah sebagai seorang ibu.
Dan jangan pula hanya bergantung 100% milk booster yang hebat segala testimoninya tetapi anda ketinggalan dengan asas penyusuan itu iatu DEMAND VS SUPPLY. Itu lah isu yang sebenarnya yang mana isu paling hebat di perkatakan di mana mana artikel, internet, facebook dan di mana mana media yang mengapa ramai menganggap kenapa kita perlukan supplemen sebagai makanan tambahan penting. Segalanya adalah untuk pertumbesaran bayi yang lebih sempurna.
Tidak menyalahi semata untuk menjual sahaja seperti melakukan breast pump atau milk booster tanpa asas pengetahuan penyusuan. Sebab itu pentingnya ilmu.
Alhamdulillah Kak Es sendiri memang mementingkan pemakanan tambahan untuk memastikan Kak Es mampu berikan terbaik buat anak anak Kak Es supaya lebih sihat dan perkembangan minda lebih sempurna sepanjang proses pembelajaran mereka.
Yang Berkongsi,
#misikak_es
Leave a Reply