“Anda adalah apa yang anda makan”.
Contohnya kalau sering makan makanan berkalori tinggi, junk food, sosej, kek, cola, minuman bergas atau minuman tin maka seseorang itu cenderung untuk mendapat berat badan yang berlebihan. Makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi juga punca utama masalah Obesiti di Malaysia masa kini.
Lainlah kita seisi keluarga mengamalkan pemakanan gaya hidup sihat dan seimbang seperti tidak makan junk food, fast food, makan buah buahan dan sayur sayuran lebih serta kurang pengambilan karbohidrat untuk seharian. Perkara obesiti tidak akan terjadi dan berat badan anda lebih ideal.
Sebab itu pilihan makanan bergantung dengan apa yang kita makan di rumah. Jadi ibu bapa sebenarnya memainkan peranan utama di rumah untuk kita memupuk tabiat makanan sihat dari di kalangan kanak kanak lagi.
Kaedah memasak pun penting juga tau. Jika di luar kita tidak tahu sejauh mana cara pemasakan makanan yang di hidang itu di buat. Sejauh mana kebersihan yang di ambil semasa mereka kendalikan makanan untuk di masak. Contohnya seperti, di rumah si ibu boleh kawal penggunaan minyak yang berlebihan yang mana kita boleh ubah cara pemasakan kepada kukus, rebus atau “stir fry”.
Kurangkan daripada sering memakan makanan di luar. Sekali sekala tidak menjadi masalah. Tetapi sebaiknya lebih amalkan tabiat memasak di rumah. Kadang kala minyak yang di gunakan untuk menggoreng kita tidak tahu di gunakan berapa kali. Kadang tu ada yang lebih berkali kali untuk kos penjimatan. Kalau lebih tiga kali penggunaan minyak untuk memasak, ia akan menjejaskan struktur minyak tersebut. Tidak termasuk lagi penggunaan bahan perasa seperti ajinomoto yang tidak baik untuk kesihatan juga kan.
Sebenarnya menu pinggan sihat yang lebih ideal adalah suku protein, suku karbohidrat dan separuh pinggan sayur sayuran.
Selain daripada itu, gaya hidup bagi si ibu pula dah berubah tidak seperti dulu. Sekarang ini, si ibu paling
mudah untuk buat panggilan pesanan seperti call for delivery food, frozen food kerana ia lebih memudahkan ibu masa kini.
Tapi memang tidak boleh dielakkan disebabkan oleh masa kesibukan.
Diet pun kadang kadang tidak mempunyai diet yang seimbang. Kadang kadang sayur pun kita buat hirisan sebagai hiasan. Dan apatah lagi kanak kanak yang mengalami masalah “picky eater”.
Ini lebih mencabar kan?
Oleh itu, ke semua faktor ini boleh menyebabkan kesan buruk yang terdapat di dalam seisi keluarga kita disebabkan amalan dan tabiat makanan tidak seimbang dan menyebabkan kekurangan nutrisi bukan hanya pada si anak sahaja malah , bagi si ibu dan juga si ayah.
Bagi si ibu dan si ayah, akan sering berasa letih, walaupunkadang tu tidur cukup 6-8 jam sehari tetapi tetap letih. Ini sudah cukup menandakan badan kita kekurangan nutrisi. Selain daripada itu kita sering mudah terkena selsema dan batuk. Malah nafsu makan juga semakin bertambah, sering suka makan benda manis seperti ais krim, coklat, kek dan ini semua menandakan sel toksin banyak dalam badan.
Bagi kanak kanak pula, jika kita tidak jaga pemakanan mereka,maka anak anak anda akan mudah hilang fokus, sukar untuk tumpukan pembelajaran mereka dan pertumbesaran mereka akan terbantut terutamanya jika mereka mempunyai masalah kekurangan protein. Selain daripada itu mereka juga akan sering mudah jatuh sakit disebabkan oleh punca kekurangan nutrien dalam badan mereka.
Sebab itulah kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk pastikan pemakanan yang kita masak dan kita sediakan di rumah terjaga dan lebih sihat.
Health Advisor,
Siti Aisah Mohd Ibrahim
Leave a Reply