MABUK KETIKA HAMIL!!!!
Mabuk, pening kepala, loya dan tak selesa adalah perkara normal yang sering berlaku kepada wanita yang sedang hamil.Biasanya keadaan ini akan berlaku semasa trisemester yang pertama dan mungkin berlarutan sehingga trisemester yang kedua.
Bagi wanita yang mengandung untuk kali pertama nasihat dari doktor, ibu, rakan yang berpengalaman dan bahan bacaan berkaitan kehamilan mestilah dijadikan bahan pelajaran utama untuk memastikan kandungan dan ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Semasa kandungan pertama saya sehingga 14 minggu saya masih mengalami masalah mabuk, muntah setiap kali makan.Tetapi walaupun badan terasa amat letih dan lesu semasa mengalami keadaan tu tapi saya tetap bersyukur sebab diberi kesempatan untuk merasai nikmat “pening dan mabuk” hamil tu…pengalaman tu sangat berharga…
Saya sangat beruntung kerana mempunyai rakan rakan doktor dan jururawat yang bekerja di bahagian Unit Bersalin dan Sakit Puan…so sepanjang kehamilan saya ni..setiap kali ada apa-apa kemusykilan saya akan terus rujuk kepada mereka.Walaupun saya ni jururawat juga tapi oleh kerana pengalaman mengandung pertama kali maka saya sangat menitik beratkan kesihatan kandungan saya dan diri saya ni..Dr.Eha, Dr Faizal dan isterinya Dr Ainon…dah jadi macam doktor persendirian pulak…yang best..free dan anytime hehehe…terima kasih semua.Layanan sangat best.Tak usah que …
Semasa trisemester yang pertama saya hanya berselera makan yang ringan ringan seperti ayam goreng, mee goreng sahaja…kalau boleh setiap hari nak makan …sedangkan sebelum mengandung saya bukan peminat makan benda bergoreng pun..itulah orang kata pembawaan budak..hehe..
Kat bawah ni antara makanan yang di ambil kebiasaan nya jika rasa nak muntah dan loya yang berpanjangan semasa trisemester yang pertama…
1.Aiskrim
2.Coklat
3.Air 100 plus
4.Jeruk (kadang-kadang) mungkin sebab saya memang peminat jeruk bila mengandung dah kurang feel nak makan jeruk.
Makanan yang ini adalah nasihat dari seorang doktor..Dahulu boleh la ikut je kan . pada mulanya saya agak bimbang sebab semua makanan tu boleh meningkatkan kadar gula dalam badan…tapi saya tetap ambil sebab itu sahaja yang dapat mengurangkan loya….
Dahulu saya tidak bershaklee lagi. Dan setelah mengandung anak ke dua, alhamdulillah tak punya alah teruk. Jadi saya amalkan makanan secara sihat dan vitamin shaklee . Tips nak elak muntah dengan shaklee boleh cuba; (HASIL SHARING DARI PAKAR NUTRISI KAMI DAN KAWAN KAWAN SHAKLEE)
Langkah 1
Apa yang penting doktor selalu pesan supaya makan makanan yang ibu mengandung suka…walaupun muntah balik…sekurang-kurangnya masih dapat memberi sedikit zat kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Apa yang penting sebagai wanita yang sedang hamil motivasi dalam diri kita mesti kuat…tak boleh terlalu manjakan diri…kawan saya (seorang kaunselor) ada berpesan pada saya…semasa mengandung mesti set dalam minda “hari ni saya nak kerja kuat..tak boleh muntah..mesti bertahan”…in sha Allah kita tak rasa sebarang kesusahan mengandungkan zuriat kesayangan kita. Alhamdulillah bila saya ikut nasihat dia..saya boleh buat kerja di tempat kerja macam biasa. ..(tapi bila balik rumah ada suami mesti nak manja-manja hehe) time pregnant la boleh nak jadi bos hehe..
#semoga kita semua (ibu-ibu hamil) sentiasa gembira sepanjang berada dalam tempoh kehamilan ni :):)
Penghantaran seluruh Malaysia
Saya pengedar shaklee anda sah yang pertama di Labuan
Untuk mendapat konsultasi saya boleh hubungi saya
0176477837
sid 867656
shaklee independent distributor
membantu lebih ramai suri rumah dan bagi mereka yang berkerjaya mendapat pendapatan bersama serta kecapi hidup lebih selesa