Pernah dengar tak perkatan, kulit aku gelap?
“Apsal kulit aku gelap ni?”
Antara yang paling biasa kulit gelap selain sun burn, tidak menggunakan uv protection yang cukup, jeragat boleh menyebabkan kulit kita lebih gelap.
Tahukah anda, punca jeragat yang teruk boleh menyebabkan lagi faktor usia kulit semakin tua?
Kak Es nak kongsikan kepada anda, fakta sebenarnya jeragat yang perlu anda tahu, jom kita bincangkan.
Nak selesaikan kulit yang kusam tanpa jeragat mudah tapi jika jeragat mula menebal, masalah agak serius dan untuk hilangkan jeragat itu ambil masa.
Menurut DR MARIANI [Pakar Kosmetik dan Ketua Penyelidik IBD UTM], kalau pakai krim kilo (yang ada merkuri, hidroquinon, tretonoin etc) 1 ke 2 minggu confirm boleh hilang. Tapi yang hilang cuma di permukaan kulit sahaja . Jeragat dari dalam kulit tetap ada. Lepas tu kena tanggunglah azabnya kalau dah berhenti guna nanti.
Bukan setakat makin teruk jeragat akan keluar, sel kulit muka pun boleh rosak tau! Kulit jadi nipis, pedih, kusam, gelap disebabkan oleh sel. Melanin aktif jeragat sudah menutupi sel kulit kita.…
Sebab itu penting untuk kita perlu tahu dan ambil perkara serius untuk mencegah. Jeragat terjadi disebabkan oleh sel melanin yang sangat aktif. Ia boleh jadi disebabkan oleh punca pengambilan pil hormon juga, terdedah dengan sinaran UVA dan UVB bahaya, terdedah dengan haba yang sangat tinggi dan banyak lagi.
Dr. Mariani bagitahu lapisan luar kulit kita (Epidermis) ni ada 5 lapisan. Dan setiap lapisan diganti dengan sel baru mengikut kitaran kulit. (Ya, jangan ingat ular ja bersalin kulit, manusia pun sama hehe).
Pusingan kitaran kulit ni ikut umur kita. Kalau orang yang umurnya 30an, kitaran kulitnya 28-35 hari sekali, Kalau 40an, 30-42 hari sekali dan kalau 50an 45-84 hari untuk yang 50an dan ke atas.
Jeragat ni asalnya terhasil di lapisan kulit yang paling bawah. Kalau perhatikan rajah kulit tu, ada lapisan namanya Stratum Basale. Kita panggil lapisan ke 5 je lah senang.
Dan jeragat di lapisan kelima ni akan naik ke setiap satu lapisan ke atas mengikut kitaran pembaharuan sel kulit kita.
Setiap satu kitaran kulit, jeragat akan naik ke satu lapisan kulit dan begitulah seterusnya.
Sebab tu ada jeragat yang nampak terang dan ada jeragat yang nampak pudar.
Jeragat yang terang maksudnya dia dah sampai lapisan kulit paling luar. Jeragat pudar adalah jeragat yang masih berada di lapisan kulit yang bawah-bawah dan tunggu masa nak keluar.
Bila dah sampai ke lapisan paling luar (Stratum Corneum) sekali, masa ni jeragat tu akan jadi sel mati dan akan terbang bersama angin atau bahasa jawanya exfoliate.
Tapi nak sampai ke tahap tu memang akan ambil masa.
Untuk menghilangkan jeragat sepenuhnya dengan menggunakan produk yang benar-benar natural, kalau ambil masa 6 bulan ke setahun itu adalah biasa. TIADA JANJI MANIS DI SINI.
Jangan kata guna Youth skin care terutamanya Age Defense Moisturiser SPF 50 dan Serum dia terus kata dah pakai 2 bulan tak nampak perubahan pun?
Kak Es pun dah jelaskan dari awal lagi bagaimana jeragat berlaku kan. Maka kena sabar, pakai dengan konsisten.
Age defense moisturiser adalah pelembap yang satu satunya mempunyai spf 50 cukup untuk lindung kulit kita daripada terdedah cahaya terik matahari. Dan dalam masa yang sama ia merawat kulit dari gelap, sun burn, jeragat dan melembapkan kulit.
Dan Youth Activating serum pula membantu 10 kali ganda memperbaharui sel kulit wajah yang bermasalah, menghasilkan kolagen, menutup pori terbuka dan memudarkan jeragat serta parut jerawat.
Sebab itu penting pemakaian skin care lengkap selain pencuci, pelembap dan krim malam.
Kena sabar dan konsisten nak pakai dua ni sebagai merawat wajah kita. Nak kulit sihat bukan sahaja cantik kena rajin. Dan kesannya pun kena sabar.
Ingat lagi macam mana jeragat merebak dari lapisan kelima ke lapisan pertama kulit?
Samalah konsepnya. Sel kulit lapisan kelima yang dah sihat juga akan merebak ke lapisan pertama.
Jadi, sihatlah semua lapisan kulit kita secara natural. Jeragat takde, muka pun bersih dan tak kusam serta gelap lagi sebab sel-sel kulit semua dah sihat.
Dah sihat sel-sel ni barulah YOUTH SKIN CARE mencantikkan pula kulit dengan merangsang penghasilan kolagen semulajadi dalam diri kita.
Ini dah masuk cerita melambatkan atau mengurangkan kedut di muka. YOUTH ni boleh mengembalikan ketegangan kulit muka kita.
TESTIMONIALS YOUTH SKIN CARE UNTUK JERAGAT.
Gambar di atas antara wajah wajah yang dah konsisten guna Youth skin care untuk masalah jeragat.
Feedback positif dan Alhamdulillah sangat membantu mereka untuk dapat transformasi kulit lebih sihat.
Nak dapatkan konsultasi kulit bagi masalah jeragat?
Beutician,
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
Founder Spaleisure
[mobile/home spa]
www.wasap.my/60176477837
Leave a Reply