Alhamdulillah nafas lega yang amat panjang, Master Celebration saya yang julung kali nya kini menjadi realiti Di Labuan sudah pun selesai Dan berjalan dengan lancar.
Siapa sangka Pulau Labuan yang Di kenali sebagai Pulau mutiara yang kecil tetapi saya mampu bangun kan rangkaian shaklee di sini dengan mempunyai ahli seramai hampir 300 orang!! Masyaallah… Siapa sangka juga para tetamu yang hadir lebih 250 orang jemputan. Terima kasih saya ucapkan kepada tetamu yang sudi hadir ke majlis. Dengan ini saya ingin memohon maaf jika ada sedikit kelemahan daripada kami dan saya harap semua berpuas hati dengan sambutan Mascel kami.
Saya ingat lagi dulu apabila Master Norita melamar saya. Ayat saya yang saya balas ‘Boleh ke kak sedang kan di Labuan ni dah ada Master ?’.
Beliau menjawab, ‘Boleh, Kena percaya pada diri sendiri.‘ Saya teruskan pergerakan shaklee saya sehinggalah rezeki kami mencapai rank tertinggi Di dalam shaklee iaitu Master Coordinator.
Saya Di Labuan, upline saya Di Miri. Dahulu bermula dengan 6 orang ahli siapa sangka semakin berkembang organisasi saya seluruh malaysia. Tahniah team Dermawand kerana tanpa anda semua siapa lah saya. Tanpa komitmen yang diberikan, susah senang bersama, perit bersama, suka duka Dan riang gembira tapi kalian semua tetap setia bersama saya.
Alicia wakil leaders persembahan sangat menyentuh hati saya sehingga air mata kami jatuh tanpa sedari.
Scene memberi kan kata kata semangat buat leaders sebagai motivasi untuk terus bangkit Dan berjuang.
Terima kasih Alicia dan leaders dermawand yang selama ini sebagai tulang belakang team Dermawand, dan saya doakan semoga anda terus berjaya di dalam platform shaklee dan sudah pasti anda adalah bakal bakal MASTER COORDINATOR kumpulan dermawand.Ibu mana tidak suka apabila mendapat penghargaan pelukan kasih sayang yang erat dari dari anak anak tercinta. Semoga Allah kekalkan kasih sayang antara kami dan sentiasa bersama kami untuk terus berjuang dan berkembang.
Pengiktirafan kami dari pihak shaklee setelah mencapai rank tertinggi di dalam Master Coordinator. Mustahil?
Jawapan saya:
Tidak ada yang mustahil jika anda mahu terus berjuang tanpa ingat erti letih dan tanpa sebarang alasan. Sentiasa tulis impian anda di dalam buku diary mahupun vision board . Saya ingat lagi dulu bila Master Norita tanya saya di pertemuan Kuching yang mana pada ketika itu apabila beliau bertanya;”Bila nak jadi Master?”.. Saya selamba berkata Bulan February 2015 walhal pada masa itu saya belum nampak bayang sayap saya pun. Tetapi jika kita dahulukan Allah, pasti ‘magic’ itu akan tiba. Sudah tentu magic itu tidak datang bergolek tanpa usaha bukan? Namun kita sebagai hamba Allah mahupun Tuhan semesta alam, kena pastikan tangunggjawab sebagai penganutnya wajib dilaksanakan tanpa gagal. Jika Mentor beri nasihat,kita ambil dan amalkan. Setiap kata kata mentor itu adalah suatu doa yang mahu melihat anak anak nya berjaya dan berada di landasan yang betul.
Siapa sangka impian saya menjadi sebuah kenyataan. Siapa sangka Mascel ini berlaku di Labuan. Siapa sangka beratusan orang datang meraikan hari kebahagian kami. Siapa sangka dari Onyang nyang kami sehingga la Upline kami turun padang juga meraikan hari kami. Semua itu adalah impian saya yang termasuk di dalam doa saya. Saya sungguh bersyukur di atas segala yang Engkau telah berikan. Ingat, jangan sesekali bersangka tidak baik kepada Allah. Harus positif dan pasti yang positif jugalah akan datang.
Gambar ini diambil selepas pengiktirafan kami dan kenangan sesi photo bersama Masters yang hadir.
Sudah tentu untuk leaders saya tidak pernah saya lupakan.
Perkongsian dari kami dan siapa sangka sang suami seorang “public speaker” yang hebat.
Dan terima kasih saya ucapkan kepada Master Jannatul . Master nusrat serta Erna bersama suami mereka dan ahli keluarga mereka yang sanggup datang ke majlis Mascel kami. Lepas ni tunggu giliran Mascel Jannatul Fadilah pula. Mereka lah pembakar semangat saya pada national conference 2014. Jika mereka boleh bertahan dan berjaya kenapa saya tidak , bukan?
Terima lah pemberian cenderahati dari kami. Tapi sudahnya para suami lagi lebih bersedia. Manakala kami masih terharu meraikan hari kegembiraan kami.. Terima kasih Master Norita dan Master Naquib , tanpa kalian siapa lah kami. Tanpa nasihat kalian saya tidak mampu berdiri untuk teruskan perjuangan.Tanpa tunjuk ajar kalian, siapalah Dermawand Fighter…
Maka berbalik pada tajuk saya di atas , Never Pre Judge! Labuan yang kecil siapa sangka kami tidak boleh melakukannya seperti rami master yang berjaya. Bermula dari kecil, berakhir dengan yang besar! Itu lah kata kata semangat leader leader kami yang mana kami dapat buktikan bahawa Labuan yang kecil ini tetapi bukan penghalang untuk kami terus berkembang malah kami juga berada di serata Malaysia…UPLINE JAUH BUKANLAH PENGHALANG UNTUK BERJAYA!
“TOGETHER FOR A BETTER FUTURE”.
Jika anda mahu sertai orangisasi kami?
Hubungi kami Siti Aisah Mohd Ibrahim, di talian 0176477837 serta emailkan kepada [email protected]
Leave a Reply